Friday, May 22, 2009

PETUA RUMAHTANGGA

Petua ini saya ambil dari Ustazah Bahayah dalam slot Semanis Kurma...Kepada suami diluar sana eloklah amalkan petua ini demi membentuk rumah tangga bahagia..Suami perlu ingat 3 perkara ini iaitu :
a)mengasihani isteri, bantu isteri dalam kerja - kerja seharian tambahan jika semasa isteri mengandung, banyakkan bermunajat ditengah malam bukan mengurat.
b)sebagai seorang perempuan isteri menyukai pujian, pujuk rayu dan belaian dari suami.Kalau tak suami siapa lagi nak puji
c)isteri suka kalau suami tidak berkira, dermawan. Rajin - rajinla bagi hadiah tak perlu mahal2 cukup kalau hanya ucapan terima kasih yang penting isteri ingin rasa dihargai.

isteri pula perlu tahu bahawa...
a)lumrah manusia sukakan kecantikan jadi berhiaslah untuk suami kerana ada pahalanya bagi isteri yang berhias untuk suaminya.
b)suami menyukai masakan air tangan isterinya, jadi rajin - rajinlah masak dan ketahuilah masakan yang sedap dapat menambat hati suami.
c)suami suka jika isterin dapat menolongnya tak kira susah macam mana sentiasa ada bersama - samanya membantunya

dan untuk tambahan bagi suami dan isteri eloklah amalkan doa dari Al-Quran surah AlBaqarah ayat 250...sangat elok.Untuk itu suami isteri perlulah tambat - menambat agar rumah tangga lebih bahagia didunia hingga akhirat..

2 comments:

lhakim said...

good article..

embun mutiara said...

tq,tak kan xdak penambahbaikan dalam hidup kita kannn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...