Isu kesihatan agar mengusarkan kita akhir-akhir ini:
1.Isu Melamine (Baca artikel bawah sekali – ramai yang dah maklum). Tambah sikit, bahan plastik seperti beg plastik membungkus/"tapau" teh panas, kekotak putih polestrene yang membungkus makanan panas, air panas yang baru dimasak dimuatkan ke dalam bekas plastik juga memberi kesan seperti melamine.
2.Pewangi Kereta
Pewangi kereta kenderaan mengandungi benzene yang meruwap. Walaupun kadar pembebasannya masih pada tahap selamat tetapi kita kena berhati-hati.
(i) ketika kereta berjemur, tahap pembebasan hingga ke tahap 400ppm
(ii) pendedahan berterusan (>4 jam) semasa perjalanan jauh
(iii)pemakaian setiap hari
Bahaya benzene:
(a)mengandungi pengalak kanser (karsinogen)
(b)merosakkan buah pinggang, hati, pengecutan tulang, otak, leukemia
(c)menggangu DNA, peredaran haid, memberi kesan kepada fetus dalam kandungan
(d)mengurangkan sel darah merah, anemia
Tanda-tanda keracunan, gangguan benzene – pening, muntah, mengantuk, sesak nafas, sakit perut, kematian.
3. Minuman berkarbonat yang mengandungi SodiumBenzoate + Vitamin C. Ujian di Malaysia mendapati kadar benzene hasil tindakbalas kimia dalam sekitar 3.2ppb hingga 12.6ppb. Masih dianggap selamat, bagaimanapun,penggunaan berpanjangan, simptom dan kesan juga seperti Pewangi Kereta.
4.Berhati-hati dengan ikan yang dikenakan ais, tetapi masih segar, berkilat, insang masih merah. Kemungkinan ada kimia seperti formaldehyle(fomilin) salahsatu jenis bahan dalam pengawetan mayat. Antara tanda-tandanya, lalat menjauhi ikan tersebut. Berhati-hati dengan ayam yang melebihi saiz dan berat dan "segera dewasa untuk tuai" kerana dikhuatiri disuntik dengan bahan penggalak berasakan kimia berbahaya, penggubah DNA atau unsur haiwan.
5Seramik-seramik MADE IN CHIN@ , didapati selain tanah liat, terdapat unsur lain seperti abu tulang binatang-binatang. Tahap bahayanya belum dibuat lagi.
6. Berhati-hati dengan produk bebola ikan, kicap, roti kerana terlalu kerap serbuan oleh pihak berkuasa premisnya didapati kotor, berlumut, berlalat, terdapat najis haiwan dan aspek-aspek kebersihan tidak dijaga oleh para pekerja mahupun pengurusan.
7.Berhati-hati dengan sayur. Penggunaan racun makhluk perosak (merosakan hati, sistem pernafasan, usus) boleh masuk ke dalam tubuh manusia jika tidak dibasuh dengan cara yang betul. Digalakkan direndam melebihi 5 minit menggunakan cuka (sebaiknya jenis buah-buahan/cecair pencuci khusus untuk sayur)
8 Minyak-minyak terkena angin yang melegakan mual, sakit perut dan pening dalam kadar segera. Ianya bertindak dengan mencairkan darah dan kita berasa sembuh dengan cepat. Bagaimanapun penggunaan di hidung yang berlebihan dan pemakaian terlalu kerap dan banyak boleh menyebabkan kerosakan paru-paru, saluran pernafasan dan kerosakan hati.
9.Berhati-hati dengan daging lembu yang dibawa secara tidak sah ke negara ini. Dikhuatiri dijangkiti virus "lembu gila" yang boleh merosakkan otak dan kematian. Susah nak beza, elakkan dulu makan daging, kalau masih mahu juga dapatkan daripada pengeluar tempatan.
10.Berhati-hati dengan semua jenis mee terutama mee segera. Kalau nak makan juga, buang air rebusan pertama kerana terdapat unsur pelekat dalam mee tersebut yang berbahaya kepada usus dan buah pinggang. Tahapnya masih selamat dan dibenarkan, dikhuatiri penggunaan berpanjangan memberi kesan yang tidak baik.
Rezeki Minat Cosplay, Lucine KLP48 Dilantik Jadi Duta Rasmi Anime – ‘Satu
Pencapaian Terbesar Dalam Hidup Saya’
-
Ahli kumpulan KLP48 iaitu Lucine meluahkan rasa teruja apabila dilantik
sebagai duta rasmi anime Lalaport BBCC. Menerusi temu bual eksklusif
bersama OhBu...
5 hours ago
No comments:
Post a Comment