Tuesday, June 30, 2009

APA YG ANDA MAKAN SETIAP HARI???

Nampak sedapkan donut ni hmm sapa yang tak berselera tgk ni tapi awas ni adalah salah satu penyumbang kandungan gula dan lemak yg tinggi...x elok untuk yang berdiet tu...
Ni pulak cereal yg kita makan pagi - pagi, bukankan ia mengandungi serat dan dapat menurunkan kandungan kalori kita...awas tidak semua bijirin begitu kalo jumpa yg mcm ni jgn makan kerana ianya mengandungi pewarna tiruan yg merbahayakan tubuh badan kita...
Kepada pengemar burger diharap kurangkanlah makanan yang tidak berkhasiat ini. Dgg yg ini mengandungi kandungan lemak tepu yg tinggi
Jika kita lihat apa yg ada dalam big mac ini amat menyelerakan tapi burger yg sebesar ini mampu menyumbang kepada penyakit jantung dan kanser...
Tidak ada siapa yg dapat menolak keenakkan dan kerangupan ayam goreng yg masih panas2 ini malah ianya amat digilai segenap lapisan tapi awas...ayam greng mengandungi lemak tepu yang tinggi yang dapat menyumbang kepada penyakit jantung dan salah satu penyebab kanser..Jadi awas dengan apa yang anda makan hari ini mungkin ia akan jadi pembunuh anda satu hari nanti...

Monday, June 29, 2009

RASULLULAH SAYS....

The Holy Prophet (SAW) Said:
1) Four things that make your body sick:-
a)Excessive talking
b)Excessive sleeping
c)Excessive eating and
d)Excessive meeting/outing with people


2) Four things that destroys the body:-

a)Worrying
b)Sorrow (Sadness/Grief)
c)Hunger

d)Sleeping late at night



3) Four things that make the face looking dull and haggard:-

a)Lying
b)Being disrespectful/impudent (knowingly)
c) Baseless arguements
d)Excessive immorality (committing sins without fear)


4) Four things that make the face glow and shine:-

a) Piety
b) Loyalty
c) Generosity and kindness
d)Helpful to others without being asked


5) Four things make the Rizqi (Sustenance) stop:-

a) Sleeping till late in the morning (from Fajr to sunrise)
b) Not Performing Fardhu or Irregular in Prayers
c) Laziness/Idleness
d) Treachery/Dishonesty


6) Four things that bring/increase the Rizqi:-

a) Staying up in the night in prayers
b) Excessive Repentance
c) Regular Charity
d) Zikr (Remembrance of Allah)


The Holy Prophet (SAW), also said to communicate to others even if it is just One Verse (Ayaah), for this one verse will stand out on the Day of Judgment for intercession.


Allah Hu Alam.


The Holy Prophet (SAW) said,

" Stop doing everything during the Azaan, even if you are reading the Quran.
The person who talks during the Azaan will not be able to say the Kalima E Shahada on his/her death bed".


............so be careful, do not to make this mistake!!!




Wednesday, June 24, 2009

Fadhilat Bulan Rejab

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"

Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 3 hari dalam bulan Rejab,dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa berpuasa 3 hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."


Rasullullah s.a.w. bersabda, "Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."


Rasulullah s.a.w. bersabda; "Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (pembaharuan umur)."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Puasa pada awal Rejab, pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"


Rasullullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"


Rasullullah s.a.w. bersabda, "Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."


Kat sini aku lampirkan kelebihan berpuasa pada bulan Rejab. Sama - sama lah kita merebut peluang yang ada walaupun masing - masing sebok dengan tugas seharian. Hari ni dah satu Rejab kepada yg tinggai posa tu cepat - cepatla qada skrg.....


KELEBIHAN MANDI SONGSANG

Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya."

Apakah itu mandi songsang?

Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.

jadi, apa itu mandi songsang?
Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiridengan kepala. (kecuali mandi hadas besar dimulakan dari siraman di kepala.)

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN (INSYAALLAH)
1) Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh.
2) Mengembangkan salur darah otak-menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
3) Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
4) Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
5) Melancarkan perjalanan darah.
6) Menjadikan pengamal semakin pintar.
7) Meninggikan daya ingatan.
8) Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
9) Menjadikan state mood yang tenang dan ceria.
10) Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
11) Memiliki daya ketahanan mental.
12) Menambahkan semangat berani.
13) Menguatkan gusi dan gigi dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan.

Hang pa suma pernah dengaq ka tentang mandi sonsang ni. Bukan amalan songsang tau tapi byk kebaikkannya. Masa kat sekolah dulu ustazah aku pun ada bagitau pasal ni. Dia kata kepala kita adalah bahagian badan kita yang paling panas. Cuba tgk apa jadi pada cerek yang panas bila kita jirus air, wap keluaq, berasap macam tu la umpamnya. Lagi pun mandi dari kaki ni sunnah nabi kita....

Monday, June 22, 2009

2 Tabiat Bawa Ke Neraka.

2 tabiat yang tidak elok itu,

1. Banyak mengutuk/menyumpah
2. Kufurkan kebaikan suami.'

Baginda rasulullah SAW mengingatkan supaya semua kita:

1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat
geram dan marah kita mungkin berkata, 'Driver bas ni dah mampus agaknya.'
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,
hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata 'Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis.'
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut:
'Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?'.][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, 'Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak', maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat
menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).' Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai
target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita'

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda
dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, 'Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya' .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
'Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah.' Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi : 'Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah.' Maka
setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

Saturday, June 20, 2009

ISTIDRAJ

Minggu lepas, kawan seofis Fendi tanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?".

So, Fendi pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu .


Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik.

Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.

Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk
bersyukur pd yg Esa.

Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat
kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat,dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.

Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga.

Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.
Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

INFO: Mengenali lebih dekat kasut yang anda pilih

  • Bertumit tinggi halus
    Kasut seperti itu jika digayakan boleh memberikan impak lebih tinggi. Jadi, jika inginkan ‘kesan ekstra’ iaitu kelihatan lebih langsing, pilihlah kasut rekaan seperti itu.
  • Kasut terbuka
    Kasut dengan jari terbuka boleh memberi kesan pada betis dan paha. Anda dilihat lebih langsing daripada sepatu dengan jari tertutup. Seandainya memiliki betis besar hindari kasut dengan tali pada pergelangan kaki kerana ia akan membuat kaki dan betis kelihatan lebih pendek.
  • Kasut runcing
    Jika kaki anda berbentuk besar, tidak ramping atau lebar di depan, pilihlah kasut yang runcing di hujungnya. Bahagian hujung kasut yang menguncup dan ramping di depan akan melangsingkan kaki anda. Tetapi ingat, jangan terlalu tinggi kerana ia akan memberikan rasa tidak selesa pada kaki.
  • Bertali belakang
    Kasut tinggi bertali belakang akan membantu penampilan kelihatan seksi, bergaya dan membuat penampilan terlihat menarik. Tidak perlu memaksa diri dengan membeli kasut yang lebih 7 sm, sebaliknya cukup dengan memiliki rekaan yang bagus termasuk hujungnya runcing dan tidak banyak hiasan.

Thursday, June 18, 2009

GAMBAR - GAMBAR PELIK

Ni gambar limo bapak punya panjang sampai nk turun bukit dah tesangkut, dah nusahkan org len pulak......
Ni mcm gambar dalam wayang, gambar cita futuristic tu....

Ni lak stadium yang lenggang.Rugi la kerajaan wat stadium xdak org nak masuk...Depa leh tgk live lagi dr rumah sambil lepak - lepak minum kopi....tempat kita ada???

Ni dah jd macam 3biji bas,ha bleh naik ramai - ramai 1 kampung. Sapa nak cepat sampai duk seat depan..


Ni pulak unik kan balkoni bentuk cawan, hmm nampak menarik...
Saja je kali ni post gambar - gambar ni, bleh rehatkan minda tak payah pening - pening nk membaca.tukar - tukar selera lak....

Tuesday, June 16, 2009

ORANG YANG DIDOAKAN MALAIKAT

1.. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2.. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.


Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.


Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu;
isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, pe liha ralah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ' kan ?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.


Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat

kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan pe liha ralah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" Jadi, sama-samalah kita pe liha ra solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.


Sekadar renungan bersama, semoga kita insaf dan tidak lalai...

MASIH SUAMI ISTERIKAH DIAKHIRAT

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetal bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda. "Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

Artikel ini mengigatkan kita tentang mati dan mengiinsafkan kita sebagai hambanya ,sesungguhnya mati itu adalah benar....

Monday, June 15, 2009

PETUA DAPUR (2)

Elak Bekas Dari Berbau

Bekas menyimpan makanan yang terlalu lama digunakan akan meninggalkan bau yang tidak enak. Atasinya dengan merendamkan beberapa helai suratkhabar di dalam bekas tersebut dan biarkan selama dua hingga tiga jam. Bau tersebut akan diserap oleh kertas tadi dan bekas tidak lagi berbau.

Menghilangkan Hanyir Daging

Ada orang tidak makan daging kerana tidak suka bau hanyirnya. Cara mudah mengatasi masalah ini ialah basuh daging dengan menggunakan air basuhan beras. Basuh sehingga daging putih sedikit. Bau hanyir dan lendir daging juga akan hilang. Selamat mencuba.

Halau Semut Dalam Gula

Letak sebilah pisau di bawah bekas yang berisi gula. Biarkan beberapa ketika. Insya-Allah semut akan berkumpul di satu tempat dan ini memudahkan kerja-kerja membuangnya. Oleh itu anda tidak perlu membuang semua gula yang dikerumuni semut. Selamat mencuba.

Cara Mudah Kopek Kulit Udang

Ada beberapa cara untuk memudahkan anda mengopek kulit udang.

1. Campurkan sedikit garam ke dalam semangkuk air. Kemudian randam udang selama 10 minit. Kulit udang akan terbuka dengan sendirinya.

2. Perahkan limau nipis ke dalam semangkuk air. Masukkan udang. Biar selama 15 minit.

3. Rendam udang ke dalam air panas. Biarkan seketika.

Hilangkan Hanyir Ikan Darat

Untuk menghilangkan hanyir ikan darat (sungai) sebenarnya agak sukar berbanding ikan laut. Cara berkesan untuk mencucinya ialah dengan mengambil beberapa helai daun serai dan sedikit asam jawa. Ramas keduanya dan gaul bersama ikan. Perapkan beberapa minit kemudian bilas dengan air bersih. Pasti ikan tidak hanyir lagi.

Bersihkan Getah Nangka

Gulai lemak nangka sememangnya merupakan hidangan yang cukup menyelerakan. Tetapi permukaan dalam periuk yang digunakan untuk merebus nangka tersebut seringkali meninggalkan kesan getah nangka yang sukar untuk dicuci. Cuba gosokkan periuk tersebut dengan sedikit minyak masak dan cuci sehingga bersih. Hasilnya getah nangka akan hilang.

Mengatasi Nasi Lembik

Masukkan dua biji telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika. Hasilnya nasi akan menjadi kering dengan sempurna.

Ulam Kekal Rangup

Rendam ulam selama beberapa minit dalam air yang telah dicampurkan dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biarkan seketika barulah diangkat. Ulam tetap segar dan rangup biarpun telah lama dibeli.

Simpan Ikan Tanpa Peti Sejuk

Kalau tiada peti sejuk atau kemungkinan bekalan elektrik di rumah anda terputus, ada cara untuk mengelakkan ikan menjadi busuk sekurang-kurangnya untuk tempoh sehari. Caranya dengan menggaulkan ikan itu dengan nasi sejuk dan sedikit garam. Pada keesokannya basuhlah ikan itu dan masak seperti biasa.

Mengelakkan Lipas

Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru.


Petua kat atas antara yang aku dah cuba, banyak jugak yang menjadi. Aku cukup suka dengan petua - petua tradisi kita ni mesra alam, pandai orang dolu - dolu createkan pahtu menjadi pulak tu.

1 minit untuk mengingat Allah

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA'EEN

Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan, ingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT. Semoga dapat kita manfaatkannya bersama

Wednesday, June 10, 2009

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya..
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani..
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh..
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah..
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Semoga pengetahuan ini dapat menambah kekhusyukan kita didalam solat

TANDA - TANDA SAKIT

1.MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2.HIDUNG

Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3.BATUK

a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4.KERONGKONG

i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5.BIBIR
(Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6.MULUT DAN LIDAH :
Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah..
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7.TELINGA:
Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8.KULIT Berpeluh
:
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9.RUAM DAN BISUL :
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10.KULIT GATAL DENGAN RUAM :
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11.KULIT PECAH DAN BERAIR :
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12.RAMBUT GUGUR :
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13.SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang..
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14
. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA.

Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK
: Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT
. Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah..
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT
: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH
: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT
: Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL
: Sistem penghadaman yang lemah.

Tuesday, June 9, 2009

GAMBAR - GAMBAR DI TAMU KOTA BELUD






SEHARI DI TAMU KOTA BELUD

Hari minggu tadi saya berpeluang pergi ke tamu kota belud, Tamu Kota Belud ni merupakan tamu yang terbesar dikalangan semua tamu disini. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 1-1stengah jam.Kat sini boleh jugak kalau nak tengok perlumbaan kerbau. Kami memang bertolak awal dari KK smpai saja kt sana memang dah ramai orang tapi tentang parking tak payah risau sebab memang banyak.Rata - rata yang datang sini dari luar Kota Belud sebab orang tempatan datang untuk berniaga saja depa tak beli ikan macam kita pegi pasar setiap hari. Masa nak keluar berjalan kena hati - hati sebab kat sini banyak kuda, takut terpijak taik kuda. Boleh katakan ramai penduduk kat sini ada kuda, kuda ni depa bela macam bela kucing ja. Tamu Kota Belud ni besarnya lebih kurang 6x ganda pekan ahad kat TT serong tu. Tamu ni pun konsep dia macam pekan ahad tu jugak ada jual makanan, pakaian krftangan, ikan masin, pasar basah, sayur gn baju - baju. Tapi yang menariknya kat sini ada jual parang tulih Kota belud, sarungnya dibuat dari kayu yang diukir, selain tu ada jugak depa buat macam pedang. Boleh la beli wat kenangan. Penduduk Sabah ni memang rajin karang manik dan buat kraftangan macam bakul,nyiru, manik, kristal memang banyak..benda ni saya mesti beli bila terjumpa yang cantik. Tamu ni diadakan untuk menolong orang - orang kampung menjual hasil tanaman mereka. Tapi apa yang kami tengok depa ni susah sangat,jual pun atas daun keladi gajah..bapak gajah sebenarnya sebab daun nya besar sangat. Daun ni banyak tumbuh kat hutan - hutan dan mudah sangat nak jumpa daun ni.Mak saya jenuh tanam tak hidup - hidup. Depa jual apa yang depa ada macam nyoq tumbuh, terung pipit 2 - 3 jemput, pisang, sirih, ubi kayu, jagung, sayur, cabai tapi dalam kuantiti yang sangat sedikit. Kalau kita mungkin tak kan jual sebab 2-3 jemput ja penat menunggu tapi hasilnya tak seberapa. Ada yang hanya makan nasik seminggu sekali. Jarak dari kampung depa ni teramatla jauh nak datang sini depa akan naik teksi, van sebenarnya..Kadang-kadang tu saya beli jugak sebab kesian, cili api seplastik baru 50sen punyala murah tak habis makan pun. Kalau kat tempat kita maunya 4rinngit kalau macam tu punya banyak. Kat sini pun ada ikan haruan sebab kat sini ada bendang, kerbau masih digunakan untuk membajak tanah. Tapi ikan haruan dia mak uii semangat punya besau, takut nak makan. Kat Sabah ni banyak benda besar - besar ikannya, kerangnya,ketamnya, sayurnya daun keladinya iskh2x dan macam - macam lagi.Ikan memang segar sebab Kudat ni dekat dengan laut. Kalau beli memang murah tapi cuba makan kat luar...Kt sini pun ada jual kueh akok macam kat kelantan tu ramai jugak orang yang jual tapi kuali tempat memggoreng tu kecik sangat muat satu kueh tu ja sekali goreng. Kueh lain ada jugak kueh sagu, seri muka, apam macam kat tempat kita tuh. Dah puas pusing semua tempat kami pun bertolak balik. Seronok sebenarnya dapat tengok tempat orang...Rupanya ada orang yang lebih susah dari kita, bersyukurla dengan apa yang kita ada..
catatan perjalanan

KISAH SI PENDAYUNG SAMPAN

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.

Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudiandigoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuatkajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya diaberkata di dalam hati, 'Hmm. Hari nak hujan.'

' OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat' kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai... Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan...

'Kamu dah lama kerja mendayung sampan?' Tanya Professor itu.

'Hampir semur hidup saya.' Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.

'Seumur hidup kamu?' Tanya Professor itu lagi. 'Ya'.

'Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?' Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu
bertanya lagi, 'Kamu tahu geografi?'

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

'Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.'

Kata Professor itu lagi, 'Kamu tahu biologi?'

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

'Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?' Professor itu masih lagi bertanya...

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.

'Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan.' Kata Professor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula pendayung sampan itu bertanya,

'Kamu tahu berenang?'

Professor itu menggelengkan kepala.

'Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.' Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.


Morale of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan.

Tak guna kalau kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup.

Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi 'MASTER' dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri,untuk apakah ilmu yg dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan?


Hikmat Inspirasi:

Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian.

Usaha sempurna adalah kemenangan...
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Friday, June 5, 2009

KEPULAN PENYAKIT

BERMULA dengan ingin mencuba merokok seperti yang dilihat dalam filem atau di kalangan golongan dewasa, seorang remaja mungkin kekal sebagai perokok tegar seumur hidupnya. Jika seseorang mula dengan menghisap banyak rokok secara mendadak, ia sebenarnya mampu menjadikannya khayal atau membunuh jika tahap nikotina dan kimia tembakau terlalu tinggi di dalam badan.

Bagaimanapun, jika tabiat buruk itu dimulakan secara perlahan, badan akan dapat menyesuaikan diri dengan kandungan racun rokok sehingga mampu menghisap puluhan batang rokok sehari. Dengan penyesuaian terhadap tahap ketepuan nikotina dan bahan sampingan yang tinggi ini, pasti amat sukar untuk berhenti menghisap rokok.

Pembawa penyakit

Sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia hari ini, sekali lagi 'amaran kesihatan tembakau' ditekankan supaya lebih ramai perokok dan ahli keluarga mereka yang sedar merokok menjadi punca utama penyakit dan kematian yang boleh dicegah.

Pakar Perunding Kardiologi dan Pengarah Klinikal Pemulihan Jantung, Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Aizai Azan Abdul Rahim menceritakan bagaimana rokok mula diperkenalkan sebagai ubat asma, alahan dan nafas berbau pada awal abad ke-20.

"Pada awalnya, para doktor sendiri mengesyorkan rokok untuk bermacam jenis penyakit pada 1920-an dan 1930-an. Bagaimanapun, dengan penemuan risiko dan kesan rokok, doktor mula menolak amalan merokok," katanya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan sekitar 100 juta maut sepanjang abad ke-20 akibat penggunaan tembakau dengan jangkaan lebih 1 bilion lagi akan mati sepanjang abad ke-21 jika jumlah perokok kekal, atau semakin bertambah dengan perokok muda.

Kini, dianggarkan seorang perokok (atau perokok pasif) meninggal dunia setiap 6 saat akibat penyakit berkaitan tembakau. Sebanyak 5.4 juta menemui ajal setiap tahun akibat tembakau, jauh lebih banyak daripada jumlah bersama maut akibat tibi, HIV, malaria, kemalangan, dadah atau pembunuhan.

Dr. Aizai Azan menegaskan lebih 80 peratus kematian akibat tembakau akan berlaku di negara membangun menjelang 2030 jika tindakan segera tidak diambil.

"Walaupun tabiat merokok di Barat mengalami penurunan mendadak, bilangan perokok di negara membangun seperti di Asia dan Malaysia pula makin meningkat.

"Dengan lebih 4,000 bahan kimia serta 250 bahan toksin dan juga karsinogen (penyebab kanser) dalam tembakau, tidak menghairankan enam daripada lapan punca kematian utama dunia berkaitan dengan tembakau," ujarnya.

Secara umumnya, merokok meningkatkan risiko serangan jantung dua kali ganda, kematian mengejut akibat penyakit jantung (empat kali ganda) dan strok (tiga kali ganda). Merokok juga meningkatkan risiko kanser paru-paru sebanyak 20 kali ganda dan menjadi punca 90 peratus kanser paru-paru dan 75 peratus penyakit sumbatan pulmonari kronik (COPD).

Situasi tempatan

Di Malaysia, situasi semasa menunjukkan berita baik dan juga berita buruk. Dr. Aizai Azan memaklumkan kebanyakan rakyat negara ini tidak merokok dengan catatan sekitar 3 juta perokok di Malaysia pada 2006.

"Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi negara juga menunjukkan sekitar 10,000 perokok berhenti merokok sepenuhnya setiap tahun.

"Malangnya, ramai rakyat Malaysia yang menghadapi risiko penyakit dengan menjadi perokok pasif dari asap perokok," jelasnya.

Tambahan pula katanya, bilangan 10,000 yang berhenti merokok setiap tahun itu sebenarnya mungkin telah meninggal dunia akibat penyakit berkaitan tembakau (penyakit kardiovaskular, kanser, strok dan COPD).

Sebahagian besar perokok didapati pernah cuba untuk berhenti tetapi gagal kerana kurangnya bantuan. Walaupun kebanyakan perokok adalah lelaki, peningkatan bilangan perokok wanita amat membimbangkan. Ini kerana perokok (atau perokok pasif) menghadapi risiko kesihatan lebih tinggi, terutamanya jika mereka turut menggunakan ubat pencegah kehamilan.

Dr. Aizai Azan menyatakan risiko tinggi menunjukkan kepentingan perokok wanita berhenti merokok dengan segera.

"Badan memerlukan 15 tahun untuk membuang sepenuhnya toksin tembakau dari dalam badan. Berhenti merokok juga dilihat jauh lebih berkesan daripada ubat atau senaman untuk meningkatkan kesihatan diri.

"Lebih banyak manfaat dapat dinikmati jika perokok berhenti dengan segera, sebelum berlaku kerosakan kekal dan ketagihan tegar," katanya.

Usaha berhenti

Pengarah Serantau Urusan Perubatan Pfizer, Dr. Alaster Allum menjelaskan bagaimana kebanyakan perokok memikirkan risiko merokok cuma dihadapi orang lain dan bukan diri mereka.

"Sebagai perokok, mereka perlu sedar bahawa mereka mungkin sempat melihat anak ke kolej atau berkahwin, tetapi kemungkinan besar mereka tidak berkesempatan melihat cucu.

"Perlu difahami bahawa jika perokok cuma menghisap satu atau dua batang rokok sehari, ianya atas dasar pilihan sendiri. Tetapi, jika sehingga satu kotak sehari, itu sejenis ketagihan," tegasnya.

Kebiasaannya, perokok akan memulakan hari dengan sebatang rokok, mungkin bersama secawan kopi atau sarapan pagi, yang memberi kepuasan besar selepas semalaman tidak merokok. Jika perokok itu cuba berhenti merokok, mereka akan merasa tarikan amat kuat untuk merokok ketika menikmati kopi atau sarapan pagi.

Dengan kehadiran masalah dalam hidup seharian, usaha untuk berhenti mungkin gagal. Bila perokok mula merokok semula, rokok pertama itu bagaikan rokok paling nikmat dalam hidupnya. Rasa nikmat ini seterusnya menyukarkan lagi usaha perokok untuk berhenti.

Dr. Allum menjelaskan keazaman diri atau berhenti mendadak (cold turkey) cuma berkesan untuk peratusan kecil perokok berhenti merokok.

"Terdapat banyak ubat mahupun terapi gantian nikotina (NRT) di pasaran yang boleh digunakan bagi membantu seseorang berhenti merokok.

"Ubat terbaru, varenicline, merupakan antara yang mampu membantu meningkatkan kebarangkalian perokok tegar berhenti merokok," jelasnya.

Menurut beliau, ujian percubaan ubat tersebut menunjukkan kebarangkalian sehingga 44 peratus untuk membantu berhenti merokok selepas 12 minggu rawatan. Walaupun tidak sampai 50 peratus, kebarangkalian tersebut jauh lebih tinggi berbanding peratusan amat rendah berhenti atas keazaman diri semata-mata.

Dengan berpandukan ujian darah, tahap karbon monoksida badan dan ujian-ujian lain, bentuk ketagihan perokok dapat ditentukan bagi menentukan kaedah rawatan yang sesuai (NRT atau terapi ubat). Usia dan tempoh merokok juga akan menentukan bentuk dan keberkesanan rawatan.

Perlu bertanya

Dr. Allum memaklumkan bahawa bukan semua doktor akan merawat perokok tegar. Sebenarnya golongan doktor dan juga hli farmasi perlu bertanya jika seseorang itu ingin berhenti merokok.

"Sama ada ya atau tidak, dengan bertanya sudah banyak membantu seorang perokok tegar ke arah berhenti merokok.

"Dari situ, bermacam jenis ubat boleh digunakan untuk membantu mereka berhenti, bila tiba masa keinginan untuk berhenti merokok," katanya.

Hidup tiada kepastian. Dr. Allum menyamakan bagaimana golongan yang suka melakukan aktiviti berbahaya bukan semuanya mati.

Bagaimanapun beliau menegaskan seorang perokok sudah pasti memendekkan 10 tahun hayatnya.

Bagi Dr. Aizai Azan, pilihan bermacam jenis ubat di pasaran perlu disertakan dengan sesi kaunseling lebih berkesan dalam membantu seseorang berhenti merokok.

"Banyak faktor sampingan yang memainkan peranan dalam menentukan perokok berjaya atau gagal berhenti merokok.

"Gabungan ubat dan kaunseling bagaimanapun cuma memberi sehingga 50 peratus kebarangkalian berjaya berhenti. Disebabkan itu, kebanyakan perokok secara puratanya hanya berjaya berhenti selepas tiga kali mencuba," jelasnya.

Apa yang penting tegasnya, adalah meneruskan usaha untuk berhenti kerana tiada dua perokok yang sama dan tiada satu program yang sesuai untuk semua berhenti merokok.

Jika perokok kembali kepada tabiat buruk itu, mereka boleh memulakan semula sesi rawatan dan kaunseling. Untuk itu, doktor dan ahli farmasi juga perlu memberi nasihat mengenai pilihan yang ada dan membantu perokok berhenti sepenuhnya.

Dr. Aizai Azan memaklumkan IJN sendiri telah membuka klinik berhenti merokok sejak dua bulan lalu sebagai pusat sehenti bagi membantu menasihat dan memberi terapi bagi yang ingin berhenti merokok.

"Klinik ini bagaimanapun tidak diuruskan oleh para doktor, sebaliknya oleh jururawat terlatih dalam membantu menentukan rawatan bersesuaian mengikut situasi perokok.

"Ini berikutan pesakit dilihat memberi tindak balas lebih baik dalam hubungan bersama kakitangan kesihatan berbanding doktor. Dengan menggunakan jalinan hubungan ini, diharap perokok lebih mudah dibantu untuk berhenti," ujarnya.

Golongan perokok yang ingin berhenti atau ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian utama IJN 03-26178200 atau menghubungi mana-mana klinik berhenti merokok berhampiran, doktor mahupun ahli farmasi.

Kepada perokok - perokok tegar diluar sana dan kepada sesiapa yang baru ingin mendekati rokok take note arr, harap ini sedikit sebanyak menjadi panduan tentang bahana rokok...

Puasa dijangka 22 Ogos

PUTRAJAYA 4 Jun - Umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada 22 Ogos ini dan akan menyambut Aidilfitri pada Ahad 20 September.

Penolong Pegawai Tadbir Unit Falak Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia, Ahmad Taufan Abd. Rashid berkata, jika tarikh itu digunakan, ibadat puasa tahun ini hanya dikerjakan selama 29 hari.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa tarikh sebenar puasa dan Aidilfitri tertakluk sepenuhnya kepada perisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kelak.

''Berdasarkan kepada kiraan falak, anak bulan Ramadan tidak akan wujud pada hari rukyah (20 Ogos) kerana tempohnya tidak sampai pada tahap kematangan berikutan jarak antara waktu berlakunya ijtimak (detik pemisahan) antara bulan Syaaban dan Ramadan adalah satu jam sebelum Maghrib," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Berhubung penentuan tarikh Aidilfitri, Ahmad Taufan berkata, ijtimak Ramadan dan Syawal berlaku pada pukul 2.44 pagi pada hari rukyah 29 Ramadan (19 September) dengan usia anak bulan Syawal mencapai lebih 16 jam.

''Oleh itu, menurut kaedah yang diamalkan di Malaysia, anak bulan Syawal dijangka wujud dan boleh kelihatan pada petang hari ruky

Nampaknya puasa kali ni disabah sebab kena taim ct sekolah, bersahur pukul 3pg la jawabnya, tp xpa sbb dapat masakkan utk org tsyg

KHASIAT SEBIJI EPAL

SEBIJI epal yang dimakan setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat dan mengurangkan kolesterol dalam badan. Malah sebiji epal setiap hari cukup untuk menjauhkan diri daripada doktor.

Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jus yang mengandungi phytonutrient boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.

Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria dalam usus.

Kandungan asid butrik juga merupakan sumber makanan sel usus yang dapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus.

Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian.

Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.

Malah kajian yang dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampu mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi.

Bukan itu sahaja, di Jepun, penyelidik mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian.

Rajin-rajinla makan epal...An apple a day keeps the doctor away

Thursday, June 4, 2009

sebab - sebab hati tidak bahagia

*


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia.

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi..** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain....andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...