Monday, November 30, 2009

Amalan yg menghalang doa makbul

Berdasarkan berapa pemerhatian ke atas pesakit2 sihir yang mengambil masa lama untuk dipulihkan, ada berapa perkara yang didapati menghalang doa pesakit, walhal doa orang dizalimi adalah mustajab.

Antaranya:

1) Tabiat berjumpa, ber-SMS "perawat" untuk menelek

* sekarang pandai mereka tak panggil menelek tetapi di panggil "scan-scan"


2) Mandi guna sabun, shampoo yang mengandungi lemak2 binatang tidak halal (seperti lemak khinzir, lemak lembu tidak disembelih)

* sabun yang kita "terbeli" tanpa pemeriksaan
* sabun di hotel-hotel
* sabun di rumah member


3) Pinggan cawan tidak bersih yang kita gunakan untuk makan minum

* Pinggan yang dicuci dengan sabun (detergent) mengandungi lemak2 binatang haram, atau binatang tidak disembelih
* Cara pencucian pinggan mangkuk di hotel2 atau restoran2 yang mencampurkan pinggan2 yang telah digunakan untuk hidang daging khinzir


4) Makan makanan, minuman tidak halal

* non-alcoholic "halal" beer walhal dari segi legal, hanya alcohol-free drinks sahaja yang bebas alcohol (0.0%). Kalau non-alcoholic, ada 1% alcohol.
* cara penyediaan makanan di restoran dan hotel2 yang bercampur dengan penyediaan makanan daging khinzir. Percampuran berlaku apabila pisau, blender, kuali, pengukus yang sama digunakan untuk masakan jenis halal, dan masakan jenis haram.


5) Makanan dibeli dengan wang dari sumber tidak halal

* duit rasuah
* duit "jumpa"
* duit orang yang diamanahkan kepada kita
* hasil dari penipuan (skim cepat kaya, tipu semasa jual beli, jual barang yang dicuri, disauk, dikapur)

6) Simpan tangkal, pemanis, pelaris, pembungkam etc

* susuk tidak dibuang dari badan kita (muka, tangan etc)
* buang wafaq, tapi masih simpan softcopy wafaq, dan printout gambar wafaq sebagai "backup"
* pagar rumah guna batang kayu, buluh, paku besi, tahi besi - yang telah dijampi
* tangkal diletak atas pintu atas tingkap
* tali2 berwarna-warni (sebagai pedinding) yang dijadikan gelang tangan
* simpan keris berkhadam - yang diperhatikan tuan punya keris berguling di-tikam oleh jin sihir berkali-kali, dia baca Yasin ayat mana-mana pun tak laku


7) Simpan ilmu2 ke"batinan" yang di-blacklist JAKIM

8) Simpan patung batu, dan patung mainan (yang disimpan dalam almari dan bukannya diberi kepada budak2 untuk mereka main)

9) Tidak berbaik mulut

* Untuk isteri, perlu berbaik mulut dengan suami sendiri
* Untuk anak (samada suami atau isteri), perlu berbaik mulut dengan emak sendiri
* Elakkan mengumpat
* Elakkan berbohong


10) Pesakit lelaki yang memakai barangan emas dan kain sutera

11) Rambut, muka disapu (biasanya semasa dikedai gunting) dengan berus rambut yg dibuat bulu babi (biasanya warna putih kuning, kuning ada tompok hitam)

12) Merokok akan menyebabkan bilik si-perokok menjadi sarang jin kerana asap (makanan mereka) akan meresap ke dalam tilam, perabut, kerusi sekitar tempat duduk, tidur pesakit.

Doa-doa Yang Makbul:

1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:

1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yangbersungguh-sungguh semasa ia berdoa".

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dansebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa,khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekalimemohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut AsmaulHusna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalahserta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).
maaf kepada semua pengunjung - pengunjung embunpearl kerana blog sudah lama tidak diupdate kerana kesebokan sedikit mengurusakan kehidupan seharian...InsyaAllah selepas ini setiap hr akan ada posting br...

Tuesday, November 17, 2009

10 SURAH MUJARAB DR NABI MUHAMMAD S.A.W

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

Sunday, November 8, 2009

Iktibar dari gempa di Sumatra

Slide 8
Slide 8
nSlide 8
n
Slide 8
n

n [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat 16 ]
n [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat 58 ]
n [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat 52 ]
n surah ke 17-al Israa‘
n surah ke 8-al Anfaal
“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, Kami perintahkan kpd org yg hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” al-Isra:16
“Tiada suatu negeri pun (yg derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dgn azab yg sgt keras. Yg demikian itu telah tertulis di dlm kitab (Lauh Mahfuz).”
Al Isra’: 58
Telah timbul kerosakan di daratan dan di lautan kerana perkara yg dikerjakan oleh tgn manusia, supaya dirasakan oleh mereka itu sebahagian dari akibat apa yg mereka kerjakan, semoga dgn itu mereka kembali (patuh kpd Allah)~ Rum: 41
‘Sesungguhnya di antara tanda hampirnya hari Qiamat itu, berlaku byk kematian manusia secara mendadak’
Tidak akan dtg hari Qiamat sehinggalah berlakunya byk gempa bumi"~ Bukhari
"Sebelum berlakunya hari Qiamat, akan terdpt kematian yg amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"~ Ahmad

n
n

Monday, November 2, 2009

TIP PENJAGAAN KOMPUTER RIBA (LAPTOP)


Bateri
- Elakkan drpd pggunaan bateri dan digalakkan mggunakan kuasa terus dari punca elektrik - Komputer riba lebih sejuk tanpa haba dari bateri - Jika bateri sdh hbis dicas, digalakkan menggunakn kuasa dari adapter - Pastikan bateri berada dibawah 10 % sblm dicas semula. - Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan kupayaan menyimpan tenaga dibawah 50%
Papan kekunci
- Letakkan sekeping A4 untuk mlindungi papan kekunci dari habuk, setiap kali tidak mggunakannya untuk mgelakkan hbuk. - Sesekali lapkan papan kekunci jgn terlalu kasar untuk mgelakkan butang kekunci rosak. - Gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunkan papan kekunci dikomputer riba.

Skrin LCD
- Lapkan skrin kerana terlalu mudah dimasuki habuk - Gunakan skrin saver - Power management setkan pada 'turn off monitor in ...minutes - Elakkan myentuh skrin dengan jari yg berminyak menyukarkan pembersihan. - Jgn letakkan jari di skrin kerana boleh myebabbkan 'dead pixel' Haba Panas
- Pastikan komputer riba anda mempunyai ruang untuk keluarkan haba panas - Perlu diingatkan komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil
Surge protector
- Fungsinya sebagai menjaga perisian dan pekakasn daripada rosak - Disyorkan diguna bagi menjaga pekakasan dalam komputer - Kelebihan lain ialah menjaga pemacu cakera keras (HDD) dan punca kuasa (power supply)
Port
- Sentiasa dibersihkan kerana selalu dimasuki habuk - Gunakan berus gigi lama - Pasyikan suiz dimatikan semasa pembersihan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...