Wednesday, December 30, 2009

RASIA HARI DLM ISLAM

Antaranya:
Ahad – Allah menjadikan hari yang tujuh, anggota manusia yang tujuh, lautan dan bumi yang tujuh dan mencipta alam, bintang dan api neraka.

Isnin – Nabi Muhammad menerima wahyu pertama dan pada hari itu juga baginda wafat.

Selasa – Pembunuhan manusia pertama berlaku yang Habil dibunuh Qabil. Nabi Yahya dan Zakaria wafat dibunuh. Tukang sihir Firaun pula ditewaskan Nabi Musa.

Rabu – Umat Nabi Hud yang ingkar dimusnahkan Allah dengan turunnya taufan, manakala umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakan kuat Malaikat Jibril.

Khamis – Nabi Muhammad mula memasuki kota Makkah, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim berhijrah ke Mesir, manakala Nabi Yaacob bertemu anaknya Nabi Yusof di Mesir.

Jumaat – Nabi Adam berkahwin dengan Hawa, Nabi Yusof berkahwin
dengan Zulaikha, Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safurah, anak Nabi Syuib, manakala Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis.

Rasulullah juga memilih hari itu untuk berkahwin dengan Siti Khatijah dan Aishah, manakala Ali Abu Talib berkahwin dengan Fatimah, puteri Rasulullah.

Sabtu – Nabi Isa diperdaya kaum Yahudi, Nabi Musa ditindas Firaun,
Nabi Salleh ditipu umatnya dan Naib Nuh dipersendakan umatnya.

Saturday, December 26, 2009

Perlu dielak ketika hamil...

1. Aspirin - akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.

2. Alkohol - meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.

3. Litium - ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.

4. Vitamin A - jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari , risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.

5. Tetrasaiklin - sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.

6. Ubat penahan sakit - boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.

7. Rokok - ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.

8. Hentikan kegiakan lasak - seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.

9. Minuman tertentu - kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.

10. Makanan - makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.

Pemeriksaan Bulanan Ibu Mengandung

Lawatan Pertama
Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat.

Lawatan Kedua
Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan meraba uterus @ bayi dalam kandungan anda yang sedang membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak. Masalah utama kebanyakan ibu pada masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam.

Lawatan Ketiga
Biasanya usia kehamilan masuk minggu ke 20, Selain pemeriksaan asas, anda akan menjalani ujian PIH (Pregnancy Induced Hypertension) iaitu pemeriksaan terperinci untuk melihat kesihatan ibu. Ujian-ujian tersebut termasuklah:
* Air kencing
* Tekanan darah
* Berat badan
* Ujian darah ( diambil dari vena pada lengan ibu)
* Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan)

Lawatan Keempat
Usia kehamilan masuk minggu ke 24. Ibu akan menjalani ujian asas berikut:
* Air kencing
* Tekanan darah
* Berat badan

Lawatan Kelima
Usia kehamilan masuk minggu ke 28. Selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

Lawatan Keenam
Usia kehamilan masuk minggu ke 32. Pada masa ini ujian asas dan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Kedua akan dilakukan ke atas anda.

Lawatan Ketujuh
Usia kehamilan masuk minggu ke 34. Ujian ultrasound akan dilakukan bagi memastikan kedudukan kepala bayi, uri, berat serta saiz bayi.

Lawatan Kelapan Dan Seterusnya Lawatan Seminggu Sekali
Dan seterusnya anda perlu lakukan lawatan seminggu sekali sehingga hari bersalin tiba.

Pentingnya Pemakanan

1. Protein - meningkatkan tahap kepekaan. Terbentuk dari asid amino. Tirosin boleh meningkatkan penghasilan dopamine, norepinephrine and epinephrine . Pengambilan makanan berprotein boleh meningkatkan tenaga mental. Makanan yang mengandungi protein termasuklah ikan, ayam, daging dan telur. Kekacang (seperti yangterdapat dalam Diafood), susu, keju dan tofu.

2. Karbohidrat - Anti stres dan memberi ketenangan. Karbohidrat merangsang pelepasan insulin ke dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid amino dari dalam darah kecuali trptophan yang akan diserap ke dalam serotonin. Kerana itulah ramai yang berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua minggu kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang mengandungi karbohidrat termasuklah roti, gandum, nasi, emping dan buah-buahan. Untuk kesan yang lebih baik, makan protein dan karbohidrat secara berasingan.

3. Asid Folik - mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di dalam otak menurun. 200 mikrogram mencukupi untuk mengatasi dipresi dan jumlah ini boleh didapati dari sayur bayam atau meminum segelas jus oren.

4. Selenium - mencegah dari cepat marah. Kemurungan, keradangan, degil dan susah hati berlaku kerana kekurangan selenium. Selenium boleh diperolehi dari kekacang (Diafood), sandwich tuna dan biji bunga matahari.

5. Flavonoids - Tindakan antioksida dari flavonoids melindungi dari berlakunya hilang ingatan disebabkan oleh faktor ketuaan dengan cara menghalang kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan aliran darah. Koko di dalam susu Intel-Lac mengandungi flavonoids yang diperlukan untuk kesihatan minda.

6. Zat Besi - Kekurangan zat besi dikaitkan dengan masalah ingatan jangka pendek. Sekiranya kekurangan zat besi berlaku di kalangan kanak-kanak ia boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Ia boleh didapati dari kekacang, kekeras, sayuran daun hijau, ikan dan telur.

7. Vitamin E - Tahap vitamin E yang rendah di dalam darah dikaitkan dengan kelemahan sewaktu ujian mengingat. Vitamin E boleh mengurangkan kerosakan tisu disebabkan oleh radikal bebas. Diafood mengandungi vitaminE.

Setiap ibu hamil perlu tahu perkaran paling penting sepanjang tempoh kehamilannya ialah tahu menjaga dan mengambil pemakanan kesihatan yang terbaik sepanjang tempoh kehamilannya. Satu-satunya rumusan yang ada di pasaran untuk ibu diawal kehamilan adalah Salindah.

Oleh itu Mengandung.com amat mengalakkan serta mensarankan agar ibu-ibu hamil mengambil produk lengkap Salindah dari awal kehamilan sehinggalah habis pantang.

SENAMAN

Senaman Bagus Untuk Mental
Setiap orang tahu senaman boleh melaraskan peredaran darah, membakar lemak dan kalori, serta mengurangkan risiko masalah serangan jantung dan obesiti serta beberapa penyakit lain. Kini beberapa bukti telah menunjukkan bahawa senaman selama 10 minit setiap hari boelh mneingkatkan tahap kesihatan mental, seterusnya membolehkan kita berfikir dengan mudah, rasa gembira dan mengurangkan stress. Kaedah senaman yang dilakukan secara konsisten beserta pengambilan STAMINEX, ENERGEE serta EXAMO-CKM 500 akan dapat membantu anda stress atau tekanan perasaan dengan berkesan.

Meningkatkan Tenaga Otak
Senaman yang konsisten boleh meningkatkan tindakbalas masa (reaction time), konsentrasi, kreativiti dan keupayaan mental. Ini kerana berlakunya peningkatan dalam tubuh untuk mengepam darah menghantar oksigen ke saluran darah dan dihantar dengan cepat ke otak. Pengkaji percaya perubahan tersebut merangsang reaksi fizikal dan mental dengan cepat.

Melambatkan Proses Penuaan
Dengan hanya melakukan aktiviti yang 'simple' seperti berjalan-jalan setiap hari sebagai amalan boleh menghalang tahap penurunan mental dikalangan wanita yang berumur 65 tahun ke atas. Lagi lama dan kerap mereka berjalan, semakin perlahan proses tersebut berlaku. Sesi ini tidak perlu dilakukan secaraintensif kerana ia sudah memadai untuk meningkatkan kesihatan jantung.

Mengurangkan Stress
William P Morgan dari University of Wisconsin mendapati senaman boleh mengurangkan stress dan mengawal perasaan marah. Alasannya mudah sekali, jika terlalu memikirkan masalah akan memberi kesan gangguan pada jantung. Dengan senaman kita akan melupakan masalah-masalah tersebut di samping meningkatkan tahap kesihatan kardiovaskular, menjadikan kita lebih rasional menangani maslaah sekaligus mengurangkan stress. Sebagai contoh melakukan aktiviti seperti berjalan, berbasikal dan berenang boleh mengurangkan tekanan dan aktiviti ini memberi kesan yang serupa seperti kita beryoga.

Secara saintifiknya aktiviti yang dilakukan ini sebenarnya boleh meningkat kimia seperti adrenalin, serotonin, dopamin dan endorphin di dalam otak. Anda akan rasa seronok, tenang dan berkeyakinan. Dipresi juga dapat dikurangkan dengan melakukan aktiviti senaman selama 30 minit 3 kali seminggu.

Selain daripada rasa sihat, kuat dan bertenaga, senaman juga boleh meningkatkan keyakinan (self esteem).

Posisi Tidur
Sebaiknya ibu hamil tidur dalam keadaan mengiring ke kanan ataupun ke kiri. Ini kerana ia dapat mengelakkan rahim daripada menekan pada pembuluh darah besar yang terdapat di belakang rahim.

Jadi lebih banyak darah akan sampai ke jantung kanan dan seterusnya kepada bayi. Cari posisi yang paling selesa. Alaslah dengan bantal di bahagian belakang untuk bantu menyokong dan mengurangkan sakit belakang.

Wednesday, December 23, 2009

Amalan semasa mengandung

Amalan ini bukan saja untuk kesejahteraa ibu semasa mengandung, malah juga untuk bayi dalam kandungan dan semasa proses bersalin. Selain dari yang berbentuk fizikal seperti regular check up, elakkan aktiviti lasak, etc. amalan dan petua yang popular ialah yang bersangkutan dengan kerohanian.

Dengan itu timbullah banyak amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:

Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
* Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
* Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
* Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
* Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
* Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
* Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
* Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
* Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
* Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

Doa semasa hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Semasa mengandung juga digalakkan menjaga lidah, menjaga sikap, menjaga perangai, menjaga hati dan sebagainya, agar anak yang dikandung beroleh segala kebaikan dan keberkatan.

Malah, termasuk juga si bapa, digalakkan memperbanyakkan amalan sunat, mengaji, bersedekah, bersabar, tenang dan gembira agar proses mengandung dan bersalin berlangsung dengan selamat dan anak yang bakal lahir akan terjaga emosinya dan mendapat rangsangan awal.

Orang2 tua juga ada petua tersendiri untuk ibu mengandung seperti tak boleh makan benda2 sejuk dan berangin, tak boleh memburu binatang, tak boleh siang ikan, tak boleh potong binatang, bawa paku dan sebagainya. Tapi biasanya benda ni orang dah tak pakai sebab tak relevan lagi di zaman moden serba canggih ni. Iyolah, kalau dah mak yang masak hari2, tak boleh potong binatang, pe jadahnya nak makan sayur setiap hari? Ingat herbivor ke. Tapi bagus jugak kan alasan ni dipakai untuk upah tukang masak (makan luar ler..).

Walau bagaimanapun, agak sayang kadang2, sebab amalan itu cuma dibuat semasa mengandung saja. Kalau tak mengandung, usahkan nak mengaji, al-Quran pun dah lupa letak di mana. Usahkan nak baca surah Yusuf (yang masa mengandung sehari dalam 10kali baca sebab nak anak hensem), surah al-Ikhlas pun baca masa solat je. Pastu mulut pun ikut lepas sedap dia je, masa mengandung bukan main lagi jaga, takut2 terkena pada anak.

Mungkin sebab itulah Allah berikan nikmat syahid kepada ibu yang meninggal semasa melahirkan anak. Bukan saja pengorbanan sakit melahirkan, tapi juga banyaknya amalan semasa mengandung. Agak2 kalau time lain, memang tak layak langsung nak dapat syahid, tapi masa mengandung memang solehah habis.

Alangkah menariknya jika amalan2 tersebut dapat dilakukan secara berterusan, bukanlah sebab kita sebagai ibu, tapi kerana kita juga sebagai hamba. Allah menyukai amalan yang istiqamah – amalan yang sedikit tapi berterusan. Lagipun, dengan meniatkan amalan2 semasa mengandung untuk dapatkan anak yang begini-begini, dapatlah anak yang begini-begini, tapi apakah kita pernah terfikir akan pahala yang kita dapat kerana niat yang bukan Lillahi Taala?

Tapi bagus juga la, sekurang2nya ada juga masa dalam hidup ni yang mana kita fokus terhadap ibadat dan menjaga akhlak kan. Kalau masa lain tu tak tentu lagi.

Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita ibu2 ni untuk melakukan suatu amal yang istiqamah dan sentiasa dapat dicontohi oleh anak2 kita, dan yang penting membanteras amalan2 yang tak ada kena mengena dengan hakikat kehidupan sebenar seperti khurafat..

Sunday, December 20, 2009

AMALAN BULAN MUHARRAM


Baca doa akhir tahun – Selepas waktu Asar hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan ampunkan segala dosa-dosa yang lalu).

Baca doa awal tahun - Apabila masuk waktu Maghrib hari terakhir bulan Zulhijjah (Allah akan mengutuskan dua malaikat agar kita terpelihara dari melakukan maksiat).

1 – 10 Muharram adalah disunatkan berpuasa.

16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram

1. Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram

Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali (Ap abi la sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu” kita berdoa di dalam hati tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak. Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum.

2. Puasa sunat pada hari 9 Muharram (Tasua’) dan 10 Muharram (Asaura). Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah.

3. Menyapu kepala anak yatim. Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan. Allah akan mengangkat darjat kita.

4. Memberi makan kepada orang yang berpuasa. Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.

5. Mandi sunat. Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit.

6. Menziarahi rumah orang alim.

7. Menziarahi orang sakit. Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam

8. Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.

9. Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata

10. Menziarahi kaum keluarga

11. Mengerat kuku

12. Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali. Allah akan memandang dengan belas kasihan.

13. Sembahyang sunat 4 rakaat – 2 salam (2 rakaat x 2). (Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala) Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat. Allah akan mengampunkan dosa 50 tahun yang lalu

14. Banyakkan bersedekah. Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700.

15. Beri makan/pakaian kepada fakir miskin. Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga.

16. Berzikir (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali

Monday, December 7, 2009

Bahaya menggunakan handphone !!!

Mereka yang kerap menggunakan handphone adalah lebih banyak terdedah kepada bahaya tumor di otak.Ianya dapat meningkatkan glioma, tumor otak yang biasa berlaku.

Peningkatan sebanyak 25% kepada mereka yang kerap menggunakan handphone dan meningkat dua kali ganda selepas 10 tahun menggunakannya. Kemungkinannya lebih tinggi terhadap kanak-kanak yang menggunakan handphone.

Bagaimana melindungi dari frekuensi merbahaya

* Menggunakan telefon yang berwayar dan jika terpaksa menggunakan cordless phone di rumah dapatkan yang mempunyai radiasi rendah dan menghantar isyarat pada masa digunakan sahaja.
* Matikan semua peralatan wifi dan cordless phone di waktu malam.
* Banyakkan sms dari membuat panggilan terus.
* Menggunakan headset atau sekurang kurangnya letakkan telefon jauh dari telinga dengan memasang loudspeaker.
* Pastikan setiap panggilan adalah seringkas mungkin.
* Matikan telefon bimbit jika tidak digunakan. Lebiih baik digunakan hanya untuk menerima message.
* Jangan menggunakan telefon di dalam kenderaan yang bergerak kerana penambahan radiasi berlaku semasa telefon mahu mengekalkan signal.
* Jangan benarkan anak-anak membawa bersama telefon ketempat tidur terutama diletakkan berhampiran kepala.

Thursday, December 3, 2009

PETUA UNTUK CANTIK...

1. Minum banyak air... minum.. minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.
2. Bersenam ! Baik utk kesihatan.. elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam... lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.

3. Jangan merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu.. jadi kenapa nak merokok?? Nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit.. pasti org lebih nak sihat, kan???

4. Tidur yg cukup... Jgn asyik berjaga waktu malam... tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur? Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

5. Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah.. tak payahlah sapu itu ini... cukuplah dgn wajah yg bersih.

6. Makan yg cukup tapi bukan berlebihan. Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.

7. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun.. anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Jika rajin.. cari pelbagai jenis bunga yg wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri utk mencantikkan tubuh badan.

8. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

9. Don't worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!

10. Ketawa penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...