Berdasarkan berapa pemerhatian ke atas pesakit2 sihir yang mengambil masa lama untuk dipulihkan, ada berapa perkara yang didapati menghalang doa pesakit, walhal doa orang dizalimi adalah mustajab.
Antaranya:
1) Tabiat berjumpa, ber-SMS "perawat" untuk menelek
* sekarang pandai mereka tak panggil menelek tetapi di panggil "scan-scan"
2) Mandi guna sabun, shampoo yang mengandungi lemak2 binatang tidak halal (seperti lemak khinzir, lemak lembu tidak disembelih)
* sabun yang kita "terbeli" tanpa pemeriksaan
* sabun di hotel-hotel
* sabun di rumah member
3) Pinggan cawan tidak bersih yang kita gunakan untuk makan minum
* Pinggan yang dicuci dengan sabun (detergent) mengandungi lemak2 binatang haram, atau binatang tidak disembelih
* Cara pencucian pinggan mangkuk di hotel2 atau restoran2 yang mencampurkan pinggan2 yang telah digunakan untuk hidang daging khinzir
4) Makan makanan, minuman tidak halal
* non-alcoholic "halal" beer walhal dari segi legal, hanya alcohol-free drinks sahaja yang bebas alcohol (0.0%). Kalau non-alcoholic, ada 1% alcohol.
* cara penyediaan makanan di restoran dan hotel2 yang bercampur dengan penyediaan makanan daging khinzir. Percampuran berlaku apabila pisau, blender, kuali, pengukus yang sama digunakan untuk masakan jenis halal, dan masakan jenis haram.
5) Makanan dibeli dengan wang dari sumber tidak halal
* duit rasuah
* duit "jumpa"
* duit orang yang diamanahkan kepada kita
* hasil dari penipuan (skim cepat kaya, tipu semasa jual beli, jual barang yang dicuri, disauk, dikapur)
6) Simpan tangkal, pemanis, pelaris, pembungkam etc
* susuk tidak dibuang dari badan kita (muka, tangan etc)
* buang wafaq, tapi masih simpan softcopy wafaq, dan printout gambar wafaq sebagai "backup"
* pagar rumah guna batang kayu, buluh, paku besi, tahi besi - yang telah dijampi
* tangkal diletak atas pintu atas tingkap
* tali2 berwarna-warni (sebagai pedinding) yang dijadikan gelang tangan
* simpan keris berkhadam - yang diperhatikan tuan punya keris berguling di-tikam oleh jin sihir berkali-kali, dia baca Yasin ayat mana-mana pun tak laku
7) Simpan ilmu2 ke"batinan" yang di-blacklist JAKIM
8) Simpan patung batu, dan patung mainan (yang disimpan dalam almari dan bukannya diberi kepada budak2 untuk mereka main)
9) Tidak berbaik mulut
* Untuk isteri, perlu berbaik mulut dengan suami sendiri
* Untuk anak (samada suami atau isteri), perlu berbaik mulut dengan emak sendiri
* Elakkan mengumpat
* Elakkan berbohong
10) Pesakit lelaki yang memakai barangan emas dan kain sutera
11) Rambut, muka disapu (biasanya semasa dikedai gunting) dengan berus rambut yg dibuat bulu babi (biasanya warna putih kuning, kuning ada tompok hitam)
12) Merokok akan menyebabkan bilik si-perokok menjadi sarang jin kerana asap (makanan mereka) akan meresap ke dalam tilam, perabut, kerusi sekitar tempat duduk, tidur pesakit.
Rezeki Minat Cosplay, Lucine KLP48 Dilantik Jadi Duta Rasmi Anime – ‘Satu
Pencapaian Terbesar Dalam Hidup Saya’
-
Ahli kumpulan KLP48 iaitu Lucine meluahkan rasa teruja apabila dilantik
sebagai duta rasmi anime Lalaport BBCC. Menerusi temu bual eksklusif
bersama OhBu...
6 hours ago
No comments:
Post a Comment