Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.
Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat.
Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan.
Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small Planet beliau berkata penduduk negara itu memakan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah tetapi kurang memakan makanan berserat.
Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak makanan berproses. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Adakah diet anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut?
Terlalu banyak lemak dan kolesterol
Makanan seperti daging telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol.
Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung.
Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja.
Terlalu banyak gula
Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.
Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.
Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.
Terlalu banyak garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam.
Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.
Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).
Terlalu sedikit serat
Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 - 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.
Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu anda harus menentukan sendiri apa yang terbaik untuk diri anda. Untuk memastikan anda makan berlebihan, anda mungkin perlu menimbang berat badan dari semasa ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa.
Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan) yang kita perolehi dengan tenaga yang digunakan untuk kegiatan seharian. Jika anda berkejar ke sana ke mari sepanjang hari, bererti anda telah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding jika anda hanya duduk sepanjang masa. Jika anda memakan melebihi keperluan tubuh, maka lebihan makanan itu akan tersimpan sebagai lemak.
Diet anda menentukan keadaan kesihatan anda sepertimana pepatah diri anda ialah apa yang anda makan. Oleh itu penting bagi anda mengamalkan tabiat makan yang baik dari peringkat muda lagi.
UTUSAN PENGGUNA, MAC 1997, M/S 19
Jika mahu hidup sihat
Makanlah makanan yang berkhasiat
Zat protein sangat penting
Terdapat pada berjenis daging
Zat protein membina tisu otot
Supaya badan tidak bantut
Jika mahu hidup sihat
Makanlah makanan yang berkhasiat
Kita perlukan zat karbohidrat
Tubuh yang lemah menjadi kuat
Karborhidrat membekal tenaga utama
Sihat cergas tidak lemah
Jika mahu hidup sihat
Makanlah makanan yang berkhasiat
Perlu imbangkan zat lemak
Jangan pula terlalu banyak
Kandungan lemak yang berlebihan
Boleh merosakkan kesihatan
Jika mahu hidup sihat
Makanlah makanan yang berkhasiat
Vitamin A perlu untuk kulit dan mata
Vitamin B menukar makanan menjadi tenaga
Vitamin C membuat luka segera sembuh
Vitamin D membantu pembesaran tubuh
Vitamin E melindungi sel-sel kita
Vitamin K membeku darah di tubuh yang luka
Jika mahu hidup sihat
Makanlah makanan yang berkhasiat
KEPENTINGAN PENGAMBILAN MAKANAN BERKHASIAT
Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.
Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat.
Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan.
Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small Planet beliau berkata penduduk negara itu memakan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah tetapi kurang memakan makanan berserat.
Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak makanan berproses. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Adakah diet anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut?
Terlalu banyak lemak dan kolesterol
Makanan seperti daging telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol.
Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung.
Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja.
Terlalu banyak gula
Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.
Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.
Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.
Terlalu banyak garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam.
Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.
Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).
Terlalu sedikit serat
Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 - 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.
Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu anda harus menentukan sendiri apa yang terbaik untuk diri anda. Untuk memastikan anda makan berlebihan, anda mungkin perlu menimbang berat badan dari semasa ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa.
Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan) yang kita perolehi dengan tenaga yang digunakan untuk kegiatan seharian. Jika anda berkejar ke sana ke mari sepanjang hari, bererti anda telah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding jika anda hanya duduk sepanjang masa. Jika anda memakan melebihi keperluan tubuh, maka lebihan makanan itu akan tersimpan sebagai lemak.
Diet anda menentukan keadaan kesihatan anda sepertimana pepatah diri anda ialah apa yang anda makan. Oleh itu penting bagi anda mengamalkan tabiat makan yang baik dari peringkat muda lagi.
UTUSAN PENGGUNA, MAC 1997, M/S 19
Sesungguhnya tak ada makanan yang buruk, yang ada hanya diet yang tak sehat. Di bawah ini 12 contoh merupakan makanan peningkat energi, penambah daya tahan tubuh dan penunda proses penuaan. Let's check them!
1.APEL
Dalam satu hari ubuh kita memerlukan masukkan zat pectin dan vitamin C yang cukup, minimal dua kali dalam sehari, untuk mengurangi kadar kolesterol yang ada di dalam tubuh. Untuk mendapatkannya, kita dapat mengkonsumsi apel yang mengandung dua unsur tersebut.
Nutrisi yang terkandung di dalam apel juga dapat membantu memperkecil resiko terkena penyakit tulang, seperti encok dan rematik. Sementara itu, buah apel yang telah di parut dapat di gunakan untuk mengobati penyakit diare.
2. WORTEL
Banyak yang sudah tahu bahwa kandungan vitamin A pada wortel dapat membuat mata menjadi sehat. Ternyata selain kandungan vitamin yang berkhasiat, Betacarotene dalam wortel juga dapat membantu mencegah penyakit mata, liver dan kulit, juga dapat melindungi anda dari penyakit lainnya seperti kanker usus. Dengan hanya mengkonsumsi satu potong wortel besar sehari, cukup untuk mengalirkan betacarotene yang di perlukan tubuh selama sehari!
3. BAWANG PUTIH
Bawang putih yang masih segar terkenal ampuh untuk menyembuhkan bermacam-macam penyakit. Bawang putih bias berfungsi sebagai anti bakteri, anti jamur, dan dapat melindungi tubuh dari serangan kanker. Masih ragu memasukkan bawang putih kedalam resep masakan anda? Tak perlu lagi. Bawang putih sudah jelas sangat efektif menurunkan kolesterol, tekanan darah dan membantu pembuatan sel-sel darah dalam tubuh.
4. BAWANG BOMBAY
Bawang Bombay adalah antibiotic yang membantu melindungi sistem sirkulasi dalam tubuh. Selain itu, dengan mengkonsumsinya dapat mengurangi sakit perut, sesak nafas dan infeksi saluran kencing. Bawang Bombay juga mempunyai khasiat seperti apel, yaitu meringankan gangguan rematik dan encok.
5. ALPUKAT
Buah alpukat memang di kenal memiliki kadar lemak tinggi, tetapi ternyata alpukat juga memiliki kadar potassium yang tinggi, yang berarti banyak mengandung vitamin seperti vitamin A,B.C dan E. Buah ini dapat membantu anda memerangi kelelahan dan depresi, juga melindungi tubuh dari kanker, dan menurunkan kadar kolesterol. Kelebihan lain dari buah yang lezat ini adalah berfungsi sebagai pemicu produksi zat anti kerut pada kulit akibat penuaan, karena buah ini mengandung kadar viatamin E yang tinggi. Jadi, untuk anda yang selalu ingin tampak awet muda, alpukat adalah pilihan makanan yang terbaik!
6. PASTA
Mungkin anda piker diet akan terganggu jika mengkonsumsi makanan lezat yang mengenyangkan seperti pasta. Tapi bila dilihat dari sisi yang alin, ternyata pasta kaya akan kandungan serat, vitamin B dan mineral.
7. KOL
Kol yang kaya akan kandungan zat besi, zat hijau daun, zat sulfur dan vitamin C ini di kenal dapat memerangi kanker, membantu mencegah penyakit anemia dan menyembuhkan penyakit perut. Kol juga dapat menangkal penyakit jantung, stress dan infeksi.
8. GANDUM
Gandum memiliki kandungan zat yang cukup banyak. Mulai dari kalsium, potassium, magnesium, silicon, protein, sampai vitamin B dan E. Ini berarti gandum dapat mengurangi kadar kolesterol dan menyehatkan system pencernaan dalam tubuh.
9. PISANG
Di India orang mengobati sakit perut dengan mengkonsumsi pisang dan yogurt yang berbahan dasar alami. Pisang adalah makanan yang berkhasiat tinggi bagi kesehatan. Pisang memberi tubuh kita zat potassium, seng, serat, zat besi, zat asam, kalsium dan vitamin B6. Buh ini juga dapat melancarkan pencernaan, dan sangat baik di konsumsi wanita pada masa pra menstruasi. Keampuhan lain buah ini adalah memberi tambahan energi yang cepat.
10.KENTANG
Kentang (yang tidak di goreng) bamnyak mengandung serat serta vitamin B dan C. Kentang rebus sangat baik bagi tubuh jika anda tidak menghilangakn air rebusannya yang banyak mengandung vitamin. Saat menyantapnya, kulit kentang lebih baik tak di kupas, karena justru dalam kulit tersebut terdapat banyak nutrisi.
11. KACANG KEDELAI
Kacang kedelai merupakan bagian dari keluarga kacang polong yang kaya akan protein. Menurut salah seorang pakar, Masyarakat yang hidup di Negara Asia yang negaranya memproduksi 60% kacang kedelai tiap harinya, mempunyai prosentase penyakit seperti kanker payudara, kanker rahim, kanker usus, dan kanker prostate lebih rendah di banding Negara lain.Kacang kedelai juga baik untuk mencegah penyakit jantung dan tulang keropos. Untuk wanita khususnya, konsumsi kacang kedelai juga amat penting, karena kacang kedelai membantu menormalkan kadar estrogen dalam tubuh dan meningkatkan kadar estrogen yang rendah di tulang.
12.CLA
Conjungated linoleic Acid (CLA) adalah zat yang penting bagi pembentukan otot dan berfungsi sebagai nutrisi yang membakar lemak./ Zat ini terkandung dalam beragam makanan, terutama dalam daging sapi dan susu. Para ahli menemukan bahwa metabolisme dan kemampuaan tubuh menghasilkan energi di dapat dari zat tersebut. CLA juga meningkatkan system kekebalan tubuh dan melindungi tubuh dari serangan kanker.
Mulai sekarang aturlah menu diet anda agar tubuh lebih sehat dan bugar.
Posted by Mahfud Almahdali on Sunday, August 2
Makanan Berkhasiat Bantu Tumbesaran
Saturday, 11 August 2007 10:39
PEMBERIAN makanan berkhasiat penting dalam tumbesaran seseorang dari peringkat bayi hingga dewasa. Justeru, pemberian awal susu penting untuk mempertingkatkan kekuatan tulang tetapi juga meningkat daya ingatan dan kecerdasan otak kanak-kanak. Pemberian susu ibu adalah khasiat terbaik untuk bayi dan ia mesti diberi secara berterusan. Oleh itu, setiap ibu mesti bijak memilih susu gantian yang mengandungi semua khasiat yang diperlukan dan 89 peratus daripadanya adalah air.
Pakar Pemakanan Kanak-Kanak, Mary Easaw John, berkata susu membekalkan hampir semua khasiat asas dan menjadi sumber protein dan kalsium yang bermutu tinggi. Ia juga kaya dengan fosforus, riboflavin, vitamin A dan D. Tetapi, apabila kanak-kanak ini mula bersekolah, pengambilan susu semakin berkurangan. Sehubungan itu, ibu perlu bijak menggabungkan penggunaan sumber susu atau kalsium dalam menu harian anak mereka antaranya memberikan bijirin bersama susu atau mencampurkan susu ketika membuat telur masak hancur.
Bagi memastikan pemberian susu mencukupi untuk tumbesaran tubuh dan otak kanak-kanak, pastikan hidangan yang disajikan mesti mengandungi susu yang dipelbagaikan seperti membuat puding, minuman bersusu atau sup berkrim. Dengan cara ini, anak anda akan seronok dan berselera setiap kali dihidangkan makanan ini.
“Setiap kanak-kanak disaran mengambil dua cawan susu setiap hari. Sebaik-baiknya jadikan amalan harian meminum susu dalam keluarga dan pastinya anak anda akan mengikutinya. Oleh kerana kandungan protein dan beberapa zat penting dalam susu, ia banyak membantu dalam perkembangan pertumbuhan sel dan membaik pulih tisu tubuh. Ia juga berfungsi dalam mengukuhkan struktur dalam tubuh seperti kulit, ligamen, membran, otot, tulang dan organ penting.
“Susu juga membantu mengekalkan kecairan dan khasiat mineral dalam tubuh selain bertindak sebagai daya tahan kepada segala penyakit. Tahukah anda bahawa untuk mendapatkan tulang belakang yang sihat dan kuat, anda perlu mendapat 99 peratus kalsium yang kebanyakannya datang daripada susu. Apabila keperluan kalsium mencukupi, ia dapat mengelak risiko tulang reput atau osteoporosis apabila meningkat tua nanti.
“Oleh itu, anda disaran meneruskan amalan mengambil susu atau produk yang diperkaya dengan kalsium dari usia kanak-kanak hingga 35 tahun. Selepas pada usia itu, tiada gunanya kerana pembentukan jisim tulang dalam tubuh sudah pun terbentuk,” katanya ketika menjelaskan mengenai kepentingan susu untuk pertubuhan kesihatan kanak-kanak di ibu negara, baru-baru ini.
Katanya, antara khasiat lain terkandung dalam susu ialah vitamin A, iaitu penting untuk pertumbuhan sel tubuh bagi melindungi daripada jangkitan pada kulit, tisu dalam mulut, perut, usus dan melancarkan sistem pernafasan. Khasiat vitamin A juga membolehkan mata melihat dalam gelap dan sebagai bahan antioksidan bagi mengurangkan risiko barah.
Susu juga mengandungi fosforus untuk meningkatkan tenaga metabolisme dalam tubuh yang juga bahagian penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi. Selain susu, fosforus juga ada dalam ikan, daging, keju Ceddar, tauhu, mentega kacang dan telur.
Susu juga mengandung khasiat magnesium yang berfungsi dalam pertumbuhan tulang, sel otot-otot dan sistem saraf. Khasiat ini juga terkandung dalam bayam, mentega kacang, roti gandum dan spageti. Khasiat riboflavin atau dikenali vitamin B2 juga penting dalam menghasilkan tenaga untuk keperluan pertumbuhan sel tubuh. Selain terkandung dalam susu, khasiat ini terkandung dalam dadih, hati, telur dan roti gandum putih.
Sementara Pakar Pemakanan Abbott Laboratories, Tan Hooi Phing, berkata selain kaya dengan khasiat penting, susu mengandungi kolina yang dapat meningkatkan kepintaran kanak-kanak. Ia berfungsi untuk perkembangan otak yang membantu mempertingkat daya ingatan dan pembelajaran.
“Kolina dirujuk sebagai vitamin ‘memori’ kerana ia diperlukan untuk membentuk asetilkolina iaitu pemancar neuro penting untuk bahagian memori di otak. Hasil kajian menunjukkan peningkatan tahap kolina penting untuk memastikan perkembangan pusat pembelajaran dan ingatan sepanjang tempoh membesar.
“Sehubungan itu, pada April 1998 Lembaga Makanan dan Pemakanan (FNB) Institut Perubatan Akademi Sains Kebangsaan di Amerika Syarikat mentakrifkan kolina sebagai khasiat penting untuk manusia. Ini dibuktikan kajian makmal yang disokong geran penyelidikan dari Institut Kesihatan Kebangsaan: Sokongan Penyelidikan Bioperubatan dan Institut Gangguan Neurologi dan Komunikatif dan Strok di Amerika Syarikat menunjukkan pencapaian subjek yang diberi kolina ialah 20 peratus lebih baik pada setiap tahap proses pembelajaran berbanding dengan subjek yang tidak diberi kolina.
“Kolina tergolong dalam kumpulan vitamin B seperti kacang soya, kuning telur, ikan dan susu. Tetapi ia sensitif dengan air dan boleh musnah akibat dimasak, pemprosesan makanan dan penyimpanan makanan secara tidak betul,” katanya selepas pelancaran susu tepung Grow keluaran Abbott Laboratoreis.
Kanak-kanak pintar biasanya mendapat khasiat mencukupi daripada pemakanan seharian.
Sumber Dari : Berita Harian Online
Rezeki Minat Cosplay, Lucine KLP48 Dilantik Jadi Duta Rasmi Anime – ‘Satu
Pencapaian Terbesar Dalam Hidup Saya’
-
Ahli kumpulan KLP48 iaitu Lucine meluahkan rasa teruja apabila dilantik
sebagai duta rasmi anime Lalaport BBCC. Menerusi temu bual eksklusif
bersama OhBu...
6 hours ago
No comments:
Post a Comment