Peringatan untuk wanita
(dari hadis Rasulullah s.a.w)
1. wanita yang sholehah (baik) itu lebih baik dari seribu lelaki yang tidak sholeh.
2. Wanita apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya masuklah ia dari pintu syurga mana saja yang ia kehendaki.
3. Saidatina Aishah berkata:
"saya pernah bertanya Rasulullah s.a.w. siapakah manusia yang lebih besar haknya (berhak) terhadap wanita?".
Jawab Rasulullah:
"suaminya".
"Siapa pula lebih berhak terhadap lelaki?"
Jawab Rasulullah: "Ibunya".
4. Apabila memanggil akan engkau oleh dua ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dulu.
5. Siapa yang dikurniakan Allah padanya wanita yang sholehah (baik) maka sesungguhnya telah dikurniakan padanya sebahagian dari ugamanya: maka hendaklah ia berbakti (bertakwa) kepada Allah yang separuh lagi.
6. Sebaik - baik wanita tinggal dirumah, tidak keluar, kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita apabila keluar akan dipersonakan oleh iblis.
7. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita (yang halal nikah), kecuali dalam menuntut ilmu dan berjual beli.
Suatu hari ketika Rasulullah bersama - sama isteri - isterinya (Ummu Salamah dan Maimunah): datang seorang sahabat yang butamatanya (Ibnu Maktum), Rasulullah menyuruh isteri - isterinya masuk ke dalam, bertanya Ummu Salamah: "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami ya Rasulullah?". Rasulullah menjawab, "Bukankah kamu dapat melihat?".
Dari Ali bin Abi Talib: Aku dengar Rasulullah bersada:
Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama umur dunia tujuh kali, mereka ialah:
a. Orang yang gemuk tapikurus
b. Orang yang berpakaian tapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
Adapun orang yang gemuk tapi kurus itu ialah orang yang gemuk (sihat tubuhnya) tapi sedikit ibadahnya.
Orang yang berpakaian tapi telanjang ialah orang yang cukup pakaiannya, tetapi tidak taat agama (berpakaian tetapi tidak menutup aurat).
Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan duniawi.
8. Wanita yang kelaur rumah dengan memakai bau - bauan berjalan dihadapan orang sehingga terhidu baunya adalah ia berzina.
9. Tidak memulikan wanita melainkan orang yang mulia dan tidak menghina mereka melainkan yang hina.
10. Dunia ialah perhiasan, sebaik - baik perhiasan ialah wanita yang sholehah.
11. 2/3 dari ahli neraka adalah wanita:
a. Wanita digantung dengan rambutnya kerana menampakkan rambutnya pada lelaki yang diharamkan melihatnya (lelaki yang halal nikah).
b. Wanita yang dengan kaki tertambat pada teteknya terus ke ubun - ubunnya dengan ular dan kala memakan daging serta menghisap darahnya kerana tidak bersuci (atau tidak sah bersuci) dari hadas yang besar serta meringkan sembahyang.
c. Wanita yang digantung dengan teteknya kerana memberi susunya kepada orang lain tanpa izin suaminya.
d. Wanita yang digantung dengan kakinya dalam rongkongan api neraka kerana keluar rumah dengan tanpa izin suaminya.
e. Wanita digantung dengan lidahnya serta dituangkan dengan air panas ke dlama tekaknya kerana menyakitkan hati suami.
f. Wanita menjadi seperti tubuh keldai, berkepala babi kerana suka mengadu domba dan berdusta.
g. Wanita berbadan anjing kerana suka melaga - lagakan manusia serta dengki mendengki.
12. Wanita itu boleh dikahwini dengan sebab hartanya, kecantikkanya, keturunanya dan keagamaanya. Hendaklah didapatkan yang kuat beragama, tentu akan menenangkan tanganmu.
13. Salah satu tanda keberkatan wanita ialah cepat kahwin, cepat pula hamil dan ringan maharnya (mas kahwinnya).
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua burung - burung diudara ikan di air, malaikat dilangit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana ia masih taat pada suaminya dan diredhai (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
15. Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup 7 pintu neraka dan terbuka pintu - pintu syurga. Masuklah ia dari mana - mana pintu yang disukainya dengan tanpa hisab.
16. Mana - mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung hati suami, maka wanita tersebut di murkai oleh Allah sehingga ia bermanis muka dengan tersenyum mesra kepada suaminya.
17. Kaab berkata: Pertanyaan yang akan ditanya pada wanita dihari kiamat ialah dari hal sembahyangnya dan hak - hak suaminya.
18. Ibnu Umar berkata:
"Telah datang seorang kepada Rasulullah lalu bertanya:"Apakah hak suami keatas isteri?" Jawab baginda, "Tuniakan hajatnya sekalipun engkau di atas belakang unta, jangan berpuasa sunat melainkan dengan izin suami, kalau engkau berpausa jugamaka pahalanya unutk suami dan dosa untuk isteri, jangan keluar rumah melainkan dengan izinnya:
Jika keluar juga akan dilaknat oleh Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab sehingga kembali ke rumah".
19. Riwayat dari Hassan, bahawa nabi telah bersabda: "Apabila lari wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyang sehingga ia kembali dan ia menghulurkan tangannya kepada suaminya (minta maaf)."
20. Hendaklah isteri redha dengan suami yang telah dijodohkan Allah, samada miskin atau kaya.
21. Hendaklah suami redha dengan pemberian Allah akan isterinya samada cantik atau hodoh.
22. Sebaik - baik kamu ialah orang yang baik terhadap isteri dan anak - anaknya.
23. Mana - mana wanita yang sembahyang dengan tanpa mendoakan suaminya, maka ditolak akan sembahyangnya.
24. Dari Muaz bin Jabal, bersabda Rasulullah: "Mana - mana wanita yang berdiri diatas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hinggan muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tanganya dari bakaran api neraka".
25. Mana - mana wanita yang menunggu suaminya pulang, lalu dibersihkan mukanya, dihamparkan hamparan duduknya atau disediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya, atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau munaffat hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disuratkan baginya akan tiap - tiap kalimah ucapannya, tiap langkahnya, tiap renungannya pada suaminya sebagaimana dimerdekakan seorang hamba. Pada harikiamat Allah kurniakan nuur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tidak seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi - nabi.
26. Dari Thabit Al Bannaniny berkata:Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya, sangat baik berkhidmat pada suaminya, apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya dipegangnya pelita hingga suaminya selesai makan.
Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya untuk dijadikan sumbu pelita. Pada esoknya, matanya yang buta telah celek. Allah telah kurnikan rahmat (kemulian) pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya.
27. Dari Ibnu Masud bersabda Rasulullah:"Tiap - tiap wanita yang menolong sumainya dalam urusuan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) pada perempuan itu kerana memuliakan suaminya didunia maka mendapat pakaian dan bau - bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadap suaminya.
28. Asma' binti Khairiyah Fazari diriwayatkan telah berkata kepada puterinya di hari pernikahan anaknya itu itu: "Hai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang dimana engkau dibesarkan. Engkau akan berpidah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkua kenal dan berkawan pula dengan seorang yang belum engkau kenali. Itulah suamimu. Jadilah engkau tanah kepada suamimu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjagi tiangnya. Jangan engkau bebani ia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalakanmu. Jangan engkau terlampau menjauhinya agar ia tidak melupakanmu. Kalau ia mendekatimu dekatilah ia, dan jika ia menjahuimu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah suami itu benar - benar hidungnya, pendenggarannya, matanya dan lain - lain. Janganlah kiranya suamimu akan mencium sesuatu darimu melainkan yang harum. Jangan pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu".
29. Hendaklah isteri berpuashati dengan suaminya yang ALLAH telah jodohkan samada yang kaya atau miskin.
30. Hendaklah isteri mendahului hak suaminya atas hak dirinya sendiri dan seluruh kaum kerabatnya.
31. Mana - mana wanita yang berkata pada suaminya, "Tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun. Walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah malam hari.
32. Sebaik - baik wanita ialah wanita yang apabila engkau memandang kepadanya ia mengembirakan engkau, apabila engkau memerintah ia taat dan apabila engkau tidak ada ia menjaga hartamu dan dirinya.
33. Apabila memanggil oleh suami akan isterinay ke tempat tidur tetapi ditolakknya, maka marahlah suaminya: akan tidurlah wanita itu dalam laknat malaikat hingga ke pagi.
34. Wanita yang keluar rumah dengan tanpa izin dari suaminya akan beradaa didalam kemurkaan Allah hingga ia kembali semual ke rumahnya atau diredhai oleh suaminya.
35. Wanita yang meminta ditalak oleh suaminya dengan tanpa sebab yang diizinkan oleh syarak haramlah baginya bau syurga.
36. Wanita yang mati didalam keadaan suaminya redha kepadanya:nescahya ia masuk syurga.
37. Bukanlah dari golongan kami orang yang diluaskan oleh Allah rezekinya tetapi disempitkan perbelanjaan untuk ahli rumahnya.
38. Tiap orang adalah pemimpin (dirinya sendiri). Maka lelaki adalah pemimpin bagi ahli - ahlinya dan wanita adalah pemimpin di rumah.
39. Wanita itu adalah pengurus suaminya dan bertangungjawab dari hal urusannya.
40. Tidak ada ketaatan bagi mahluk (suami) yang mendurkhadai Allah.
41. Wanita yang tinggal dirumah bersama - sama anak - anaknya akan tinggal bersama - sama aku didalam syurga.
42. Perkara yang menjadikan wanita itu durkhaka kepada suaminya:-
a. Menghalang suaminya dari bersuka - suka dengan dirinya samada untuk jimak atau menyentuh mana - mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah dengan tanpa izin suaminya samada suaminya ada dirumah atau tidak.
c. Keluar rumah belajar ilmu yang bukan fardhu ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu fardhu ain (jika suaminya tidak mampu mengajar).
d. Enggan berpindah (berhijrah bersama - sama suami).
e. Mengunci pintu tidak membenarkan suami masuk ke rumah, ketika ia ingin masuk.
f. Bermasam muka apabila berhdapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Bercakap kasar atau lamabat menjawab pertanyaan.
i. Berpaling atau membelakanginya ketika bercakap.
j. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau berbuataan.
k. Meninggalakan tempat tidur.
l. Membenarkan masuk ke rumah orang yang tidak disukai oleh suaminya.
43. seorang wanita mengadap Rasulullah s.a.w. dan berkata:
"Aku telah dipinang orang. Katakan padaku apakah hak - hak suami atas isteri? Jika terdaya aku lakukan maka aku akan kawin.
Bersabda Rasulullah,
"setengah darinya ialah jiak mengalir darah atau nanah dari hidungnya lalu dijilat oelh isteri untuk membersihkannya, belumlah tertunai lagi hak suami atas isteri, dan jika patut atau boleh seseorang menyembah manusia maka akan aku perintahkan wanita - wanita sujud menyembah suami mereka". Mendengar itu wanita tadi lantas menjawab, "Demi Allah yang membangkitkan engkau sebagai nabi, aku tidak akan bersuami selagi ada didunia ini".
44. Saidatuna Aishah berkata jikalau wanita - wanita itu tahu akan hak - hak suaminya nescahya mereka akan sangup menyapu debu - debu di telapak kaki suaminya dengan muka mereka.
45. Suatu ketika dimadinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda bertanya apabila baginda dapati beberapa orang wanita di majlis itu. "Adakah kamu mengusung mayat?". "Tidak", jawab mereka. Sabda baginda "Baiklah, kamu sekelian tidak ziarah dan tiada pahala bagi kamu. Tetaplah kamu tinggal di rumah dan berkhidmat kepada suami supaya pahalanya sama dengan ibadah orang lelaki".
46. Seorang wanita menghadap Rasulullah s.a.w. dan berkata:
"Wahai Rasulullah, saya mewakilli kaum wanita ingin menyatakan masalah kami semua. Allah menjadikan kami semua lalu diperintahkan kami untuk taat dan berkhidmat kepada kaum lelaki, juga sebagai tempat memenuhi keinginan syahwat mereka, hingga kerana itu kami mesti tetap tinggal di rumah. Sedangkan bagi kaum lelaki ada perang fi sabilillah dan bersembahyang di masjid. Adakah peluang kami untuk memperolehi pahala yang sama seperti orang lelaki?". Sabda baginda, "Tidak pernah aku lihat dan dengar perkataan dan pertanyaan sebaik ini." Kemudian baginda menjawab "Beritahu oleh kamu kepada semua kaum wanita bahawa jika mereka tunaikan kewajipan kepada suami dan rumah tangga sebagaimana yang Allah perintahkan itu, nescahya sama kebajikannya dengan kaum lelaki".
47. Hadith dari Baihaqi dan Ibnu Huban:
Tiga golongan manusia yang tidak diterima sembahyangnya oleh Allah:
a. Hamba yang lari dari tuannya.
b. Wanita yang bermasam muka dengan suaminya atau wanita yang dimarahi suaminya hingga diredhainya.
c. Orang mabuk hingga ia sedar.
48. Imam Ghazali Rohimatahullahutaala berkata:
Wajib bagi wanita mengikut perintah suaminya selagi ia tidak mengajak kepada maksiat.
49. Ulamak berkata wajib bagi wanita:
a. Mengekalkan malu pada suami.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata dan suruhan.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata - kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau - bauan unutknya.
i. Membersihkan bau mulut unutknya.
j. Berhias ketika hadirnya, tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tidak berbuat khianat apabila suami tiada.
l. Memuliakan keluarga suami.
m. Memandang pemberian suami yang sedikit sebagai besar dan banyak.
n. Ketahuilah syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung kepada redha atau tidak suami padanya.
50. Seorang badwi berkata kepada Rasulullah s.a.w. "Tidak akan aku percaya kepada engkau sebelum ditujukkan padaku satu mukjizat." Rasulullah bertanya: "apa yang kau kehendaki?". Badwi itu menjawab: "Suruh pohon kurma yang kering itu mengadap engkau". Maka Rasulullah bersabda, "pergilah engkau beritahu pada pohon itu, katakan bahawa Muhammad memanggilnya". Arab badwi itupun melakukan apa yang diperintahkan. setelah diberitahu pohon korma itu kelihatan bergerak - gerak ke kanan dan ke kiri hingga tercabut akar - akarnya dan berjalan ia menghadap Rasulullah lalu memberi sala, Rasulullah menjawab salamnya. Melihatkan peristiwa itu Arab badwi itu terus mengucap dua kalimah syahadah. "Cukuplah Rasulullah" katanya. Rasulullah pun memerintahkan pohon itu balik ke tempatnya. Arab badwi itu berkata lagi, "wahai Rasulullah aku telah meminta dari mu sesuatu yang pernah diminta oleh orang lain, pun engkau tunaikan, kerana itu izinkan aku sujud padamu setiap kali sujud semabahyang dibelakangmu". Jawab Rasulullah:"Tidak seharusnya seorang manusia sujud kepada manusia dan jika harus, maka akan aku perintahkan semua wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak - hak suami mereka".
51. Apabila seorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatitkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapuskan darinya seribu kejahatan.
52. Apabila seorang wanita itu mulai sakit untuk bersalin, maka Allah mencatitkan baginya pahala baginya pahala orang - orang yang berjihad pada jalan Allah.
53. Apabila seseorang wanita itu melahirkan anaknya keluarlah ia dari dosa - dosanya seperti keadaan ibunya melahirkannya.
54. Sabda Rasulullah, "Ya Fatimah, barang mana wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia dari sungai - sungai syurga serta diringankan Allah baginya sakratulmaut dan akan didapatinya akan kuburnya menajdi sebuah taman dari taman - taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi Titian Siratul Mustaqim".
55. Hadith riwayat Abu Dawud:
"Perintakanlah anak - anakmu sekelian yang telah berumur 7 tahun unutk mengerjakan solat. Apabila telah berumur 10 tahun mereka belum mengerjakan solat ajarlah (dipukul tetapi jangan sampai melukai) dan pisahkanlah dari tempat tidurnya".
56. Hadith riwayat dari Anas:
"Barangsiapa membawa hadiah (bahan makanan) dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya maka pahalanyaseperti bersedekah, dan hendaklah diberikan lebih dahulu kepada anak perempuan sebelum anak lelaki".
57. Pesanan Luqman kepada anaknya:
"Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu sabda mereka:"
a. Apabila engkau solat kepada Allah maka jagalah baik - baik fikiranmu.
b. Apabila engkau berada dirumah orang lain, maka jagalah matamu (pandangan).
c. Apabila engkau ditengah - tengah majlis maka jagalah lidahmu (perkataanmu).
d. Apabila enkgau berada didalam jamuan makan, maka jaga - jagalah perangaimu.
e. Ingatlah akan mati (bersedia untuk menghadapi kematian).
f. Lupakanlah budi baikmu kepada orang lain.
g. Lupakanlah segala kesalahan orang lain kepadamu.
Dari perkara yang tersebut diatas, tidaklah bermakna wanita menjadi hamba suaminya atau seperti khadamnya semata - mata, lelaki (suami) pula ada peranannya sebagai qauwam, iaitu ketua, hakim, pengajar adab dan sebagainya.Untuk memainkan peranan ini sudah tentulah kaum lelaki wajib taat kepada Allah dan menjungjung tinggi syariat Allah agar ia menjadi orang yang adil serta tidak zalim, mengenal dan menyempurnakan hak - hak ke atas isterinya.
Rezeki Minat Cosplay, Lucine KLP48 Dilantik Jadi Duta Rasmi Anime – ‘Satu
Pencapaian Terbesar Dalam Hidup Saya’
-
Ahli kumpulan KLP48 iaitu Lucine meluahkan rasa teruja apabila dilantik
sebagai duta rasmi anime Lalaport BBCC. Menerusi temu bual eksklusif
bersama OhBu...
6 hours ago
No comments:
Post a Comment