Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. “..i letih la..dah
lewat ni, i tido lah….”
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak
lipas…leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam
lepas makan tadi..basuh jap…
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak
tadi…check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak
susu…memang dah kering pun flusk ni, jerang la air…sementara tunggu air
masak, nampak pulak bekas gula dah kosong….salin la gula…check bubur
untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi…ishh…ni lauk
bila ni, semalam…dah beku dah…basuh la kejap….pegi yard, masukkan
baju kotor dalam mesin basuh…penat dah ni, besok je la basuh…sidai
kaian lap je lah…
tik…bunyi air dah masak…salin air dalam flusk…ok settle…
baru teringat tak semayang lagi…on da way nak g bilik, papa tgk tv
lagi…nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska…check…baju 2 pasang,
towel…towel kecik utk selsama…calamine lotion untuk sapu ruam…pampers
4 keping….alamak..telupa pulak masukkan botol…basuh botol jap…ok
settle…
ternampak pulak beg g keje…emm..besok nak pakai beg polo coklat lah,
asik2 pakai beg hitam ni je…salin jap barang2 g beg coklat…cek sume 6
poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang
tertinggal tu la yang nak pakai nanti…hishhh sempit la beg ni…hangin
je…nak kena beli ni beg baru…rasenya 25 hb ni Sogo sale nih…mana
flyers tadi ek…ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti
lupa..ok settle…
Tetiba dengar suara papa…”..u buat apa lagi tu..tadi kata nak
tido..”….”..yelah nak tido la ni..nak smayang jap…”
masuk toilet..buat apa2 yang patut…cuci muka dulu..2 jenis lak
tu…adoi..gosok gigi…smayang…pakai toner…pakai treatment cream…nak
lawa and maintain punya pasal lah ni…
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak…huhuhuhu…
bukak almari…emmm…pakai baju hijau ni lah besok…gosok kejap..check
baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni…kat bilik belakang…
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut
dah..ishhh …g dapur, basuh, sambung gosok baju…gantung elok2…kemaskan
baju gantung2…masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor…ok
settle..
dgr suara papa lagi…”..i dah ngantuk ni..”..dalam pada nak masuk ke
bilik…owh…pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram…ok,
siram jap…check jap pintu ni…sah tak kunci lagi…grill pun tak
tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah
aku…bukak lampu luar..
ni mainan ni sepah2…masukkan la dalam bakul mainan budak ni…banyak
nya…sampai bawah meja makan pun ade…adoi….ok dah …
ok dah boleh baring…adoi sakitnya pinggang…cium si comel ni
kejap…selimutkan die…la..napa basah ni…emm, tukar la pempers ni…tak
bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la…nanti g Sogo 25 hb ni beli la
skali…ok sayang tido k…kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni
eh..tido sampai pagi k…gud nite..sweet dreams…
aaahh…sedapnya dapat baring…mana pulak lotion sapu kurus aku nih…ha,
ni dia…sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm…setkan program kerja
besok…pg kul 9.30 ade meeting..
ahh…boring…panas pulak lotion nih..dah la…emm..sedapnya lelapkan
mata…Ya Allah…terima kasih untuk rezekiMU hari ini,…mohon keberkatan
dari mu tuhan…papa pun bangun tutup tv…”…i dah ngantuk sangat
ni…nak tido lah…citer pun tak best malam ni, bola pun
takde…”…selang seminit …dengar suara papa berkeruh…dah agak
dah….
So?….apa yang peliknya..??
Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?…SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA
BUAT….tu yang tak boleh nak mati cepat tu…
Filed under: RENCANA
Rezeki Minat Cosplay, Lucine KLP48 Dilantik Jadi Duta Rasmi Anime – ‘Satu
Pencapaian Terbesar Dalam Hidup Saya’
-
Ahli kumpulan KLP48 iaitu Lucine meluahkan rasa teruja apabila dilantik
sebagai duta rasmi anime Lalaport BBCC. Menerusi temu bual eksklusif
bersama OhBu...
5 hours ago
No comments:
Post a Comment