Keduanya sama cantik,
Umur sama muda,
Rupa sama cantik,
Badan sama sihat,
Hati sama suka;
Bintang sama naik,
Peroman sama baik.
Dibujur sama panjang,
Dibidang sama lebar,
Ditimbang sama berat,
Disukat sama penuh,
Dua setumbuk bagai gelang,
Dua sepasang bagai subang,
Bagai pinang dibelah dua.
Gelugur di tebing tinggi,
Bulang-baling dalam belukar;
Diukur sama tinggi,
Dibanding tidak bertukar.
Bagai susu denga sakar,
Bagai cincin dengan permata,
Bagai cembul dengan tutupnya,
Sirih pulang ke gagangnya,
Bunga pulang ke tangkainya,
Buah pulang ke tampuknya,
Kuah tumpah ke nasinya,
Harta pulang ke yang empunya.
[VIDEO] Ina Naim Nafi ‘Didera’ & Hidup Naif Sebab Arwah Suhaimi Saad Tak
Sediakan Peti Ais – ‘Kejujuran & Kasih Sayang Yang Penting Dalam Rumah
Tangga’
-
Penyanyi Ina Naim menjawab dakwaan kononnya dirinya ‘didera’ dan hidupnya
terlalu ‘naif’ kerana bekas suami, Allahyarham Suhaimi Saad tidak
menyediakan p...
2 hours ago
No comments:
Post a Comment