Monday, May 4, 2009

Kaabah enggan bergerak

Selasa lalu (26 Ogos) saya menaiki motosikal menuju ke Karak Setia
untuk
menyampaikan kuliah Maghrib di masjid kampong berkenaan. Kereta rosak
dan
bermalam di pusat servis. Sebab itu saya terpaksa naik motor walaupun

langit gelap.

Ketika melalui 'Karak Highway' hujan mula turun setitis demi
setitis.Saya
teruskan juga perjalanan. Makin lama hujan makin lebat. Baju dan seluar

saya basah. Akhirnya saya ambil keputusan untuk berpatah balik. Saya
balik
ke rumah dan mandi.

Walaupun tidak berjaya dalam misi dakwah pada malam itu, saya tidak
mahu
malam itu kosong tanpa pengisian. Saya lantas pergi ke surau
berhampiran
untuk mengikuti kuliah bulanan yang disampaikan oleh ulama' tersohor di

negeri ini iaitu Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman.

Ketika saya sampai di situ, tok guru dah mula kuliah. Beliau
menceritakan
tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga,

tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf.

Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu
berkaitan
dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke
syurga
itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan

memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya. Jika orang beriman,

pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia
akan
mengecil dan memanjang.

Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat

datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari

itu supaya bergerak menuju ke syurga. Yang menghairankan, biarpun
kaabah
tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat
bertanya
kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan

bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang
pernah
tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi
kaabah
ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat

bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi
beberapa
orang yang tidak hadir..

Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke

dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di
dunia.Malaikat
maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan
perlu
disiksa di dalam neraka. Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu
berdosa
atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan

diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang
Maha
Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang

itu telah diampunkan dosa mereka.Mereka lantas di bawa keluar daripada

neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...