Apabila banyak berkata-kata,
Di situlah jalan masuk dusta.
Apabila kita kurang siasat,
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila anak tidak dilatih,
Jika besar bapanya letih.
Apabila banyak mencela orang,
Itulah tanda dirinya kurang.
Apabila orang banyak tidur,
Sia-sia sahajalah umur.
Apabila mendengar akan khabar,
Menerimanya itu hendaklah sabar.
Apabila mendengar akan aduan,
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
Apabila perkataan yang lemah lembut,
Lekaslah segala orang mengikut.
Apabila perkataan yang amat kasar,
Lekaslah orang sekalian gusar.
Apabila pekerjaan yang amat benar,
Tidak boleh orang berbuat honar.
Bila Semua Dapat Sama, Tak Bermakna Adil. Inilah Erti Sokongan Lebih Adil
Untuk Rakyat
-
Ramai antara kita percaya bahawa kesamarataan bermaksud keadilan, bila
semua orang dapat jumlah bantuan yang sama, semuanya jadi adil. Tapi,
adakah itu b...
1 hour ago
No comments:
Post a Comment