GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar bakti kucurah
Demimu ibu pertiwi
Sumpah kulafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Lagu kat atas ni memang bermakna buat insan - insan yang bergelar guru, dewasa ini hanya guru yang dapat menghargai guru. Bukan hadiah atau pun wang ringgit yang mereka mahukan tapi cukuplah sekadar pengiktirafan kerana mereka juga seorang insan yang khilaf.Betapa besarnya jasa seorang guru kerana dapat mendidik bakal pemimpin dan profesional.Ada juga insan diluar sana yang menggambil kesimpulan mengatakan kerjaya guru mudah, balik awal tidak seperti kakitangan awam lain yang terpaksa bekerja seharian.Itu sebenarnya hanya omongan dari mereka yang tidak pernah menyelami hati seorang guru. Terpulang sebenarnya kerana masing - masing punya pendapat masing - masing tapi bagi aku, aku amat berbangga kerana hari ini aku seorang pendidik. Aku berbanggga dengan kerjaya ini walaupun dunia pendidikan kini semakin mencabar. Ya, aku berbangga..... dan kedatangan 16 Mei amat kutunggu kerana aku telah dinobatkan sebagai guru.....SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK...
embun pearl
Penyanyi Aisyah Aziz Sah Bergelar Isteri Doktor, Abang Kepada PU Riz
-
Penyanyi kelahiran Singapura, Aisyah Aziz sah bergelar isteri kepada Dr
Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail, pada Jumaat. Selamat bergelar isteri
Memetik lap...
14 hours ago
2 comments:
selamat hari guru
selamat hari guru
Post a Comment