Friday, October 1, 2010

PETUA MEMBANYAKKAN SUSU IBU


1) Makanan yang diambil perlulah seimbang dan cukup untuk anda sebagai ibu yang menyusukan anak. Ada pantang larang???  That is the old wives tale. Yang penting kita perlu makanan yang cukup cuma bersederhana dan jangan berlebih-lebihan. Ada ummi yang takut untuk makan sebarangan.Selagi ia halal, berkhasiat..anda makanlah! Jika anda terlalu takut dan terlalu banyak pantang larang dikhuatiri akan mengganggu penghasilan susu. Ummi yang menyusu banyak makan dan cepat lapar..jadi anda rancang pemakanan anda sendiri sebaik mungkin.

2) Minum air masak selalu. Anda sangat memerlukan air!

3) Kurma juga boleh mambantu. Kismis, lobak putih, peria, betik dapat membantu banyakkan susu. Pernah cuba halba?Amalkan makan halba yang direbus dan diminum airnya. Rasanya memang agak pahit sedikit.Alhamdulillah, amalan meminum air rebusan halba sedikit sebanyak dapat banyakkan susu. Air barli juga dapat membantu ummi!

4)Mengamalkan makan homopati. Juga dapat banyakkan susu ummi!

Psikologi
Tidak dinafikan lagi bahawa psikologi menjadi penyebab banyak atau tidaknya susu anda.

1) Selalulah berfikiran positif untuk menyusukan anak anda. Jika anda merasakan susu anda semakin kurang tetapi anak anda baru sahaja berumur beberapa minggu, anda jangan cepat panik. Susukan anak anda seperti biasa. Banyakkan solat dan doa mudah-mudahan susu anda kembali normal.

2) Ketika anda di tempat kerja dan ketika anda mengepam susu, bayangkan wajah anak anda.Dipercayai ia dapat merangsang pengeluaran susu jika kita teringat kepada anak. Letakkan gambar anak di merata tempat, di atas meja, di dinding, buku dan beg.

3) Semakin kerap anda menyusukan anak, semakin banyak susu anda. Anda kosongkan payudara anda bermakna anda menghantar isyarat bahawa anda nak susu lagi.

4) Ada beberapa cara mengepam yang berkesan:
    a) Jenis pam yang digunakan memainkan peranan yang besar dalam penghasilan susu. Pam yang terbaik adalah double pumping iaitu ada dua corong untuk pam kedua-dua payudara dalam masa yang sama.
    b) Di antara pam elektrik dan manual, saya lebih suka elektrik kerana ia lebih efektif dan setengahnya berstimulasi seperti bayi menghisap.
    c) Pam ketika menyusukan anak dapat membantu penghasilan susu yang lebih banyak. Anda tentu tahu ketika anda menyusukan anak, pasti payudara sebelah lagi menitik-nitik.Jangan bazirkannya, anda boleh pam sambil menyusukan anak.Mintala bantuan suami anda.

Selain itu boleh juga cuba :
1) Lobak Putih
- Ada yang buat sup dan jus. Mana yang boleh terima tekaklah.
2) Sawi
- Masak goreng atau rebus.
3) Kobis bulat
- Ambil 2 kelopak daunnya dan tekap ke breast.
4) Minum susu
- Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
5) Longan
- Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja. Kering atau basah. Yang kering direbus dulu dengan gula batu, kemudian ditapis dan diminum airnya.
7) Halba
- rendam dan minum airnya.
8) Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang
- dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis.
9) Ayat 60 surah Al-Baqarah
10) Oat
- minum dengan air suam + susu tin/Anmum, buat lempeng/cekodok.
11) Soya
- minum secawan sehari.
12) Madu
- sebagai pemanis dalam minuman atau dessert.
13) Tawakkal kepada Allah dan berharap susu keluar dan cukup untuk baby.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...