Thursday, February 11, 2010

KHASIAT BUAH DELIMA


Khasiat Delima “Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.
Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.
Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.

Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.
Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.

Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt.
Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.

Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman.
(dari buku Plants Of The Quran oleh Dr M I H Farooqi)

Antara khasiat lain:

* orang kata makan buah delima nanti anak cerdik ... mudah-mudahan..insyallah
* orang kata lagi, kalau makan buah delima nanti anak ade lesung pipit...
* orang kata nanti mata anak cantik & bercahaya...
* Ustaz kata dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab.
* Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.
* Ada orang kata nanti bibir baby masa lahir merah bak delima...
* Mmg ramai yang bagi petua kalau nak anak bijak, makan buah delima waktu pregnant. Buah delima ni asalnya dari tanah arab...kalau mengikut sejarah ilmuan2 banyak di lahirkan dari tanah arab...betul tak???? -ada logik sket arr.
* Ada jugak aku dengar dalam satu biji buah delima tu ada satu ulas yang berkat & berguna untuk membinaan otak yang cerdas dan bijak untuk si pemakan, ibu & bayi dalam kandungan...so kalau makan buah delima sebijik tu tak boleh share sebab kita tak tahu ulas yang mana satu yang dikatakan berkat & baik untuk otak... betul ke ni? sah kena mkn sorok2 camni...
* Ada yang kata buah delima baik untuk perkembangan otak bayi, dan ada yang kata, kalau kita makan buah delima semasa mengandung, anak yang lahir akan kelihatan cantik dan comel, insyaAllah.
* diantara hikmah memakan buah delima semasa mengandung ialah apabila orang melihat wajah anak itu nanti, hati orang akan merasa belas dan kasihan kepadanya...
* A study published in Pediatric Research found that drinking pomegranate juice during pregnancy helped protect newborns' brains during traumatic births.
* Pomegranate seeds are eaten to have quality and quantity of babies.
* Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia.
* Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
* Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.
* Dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic.
* Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.
* Dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal.
* Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141. "
* Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.
* Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman.
Manfaat : membantu jantung, dimana jus delima ini kaya antioksidan yang membantu mencegah penyumbatan pada pembuluh darah arteri oleh kolesterol. Jus delima ini juga dihubungkan dengan pencegahan terjadinya kanser prostat.
Jus ini dilengkapi dengan vitamin A, C dan E serta acid folic yang penting pada tahap awal kehamilan.
* Boleh mengurangkan berat badan.
* elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah.
* Mencegah dr nyanyuk.
* Mencantikkan kulit.
* Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung- prevent morning sickness.
* even ada yg kata -jus buah delima ni adalah "natural viagra"...

4 comments:

Unknown said...

salam ..kepada sesiapa yg ingin merasa jus air buah delima yg 100% asli.sila hubungi sy 0199311274 atau http://ajih83.pomepureasia.com

Unknown said...

lawat web sy ni http://ajih83.pomepureasia.com 0199311274

UmEi JiE said...

salam embun pearl,
saya nak bertanya ttg buah delima nie kan.. cara makan buah nie kene makan sekali dengan biji nye ke atau tidak..sbb tertulis situ... makan sekali urat2?..so ade sikit kemusykilan...nak makan tengah pregnant nie.. time kasih..

jusdelima said...

nikmati gaya hidup sihat bsma JUS DELIMA pomepure.100% asli.sila layari http://ajih83.pomepureasia.com @ hubungi aziz 0199311274.10 MKANAN TBAIK DUNIA atau blog sy http://jusdelima83.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...