Monday, September 28, 2009

PETUA ORG DAPUR

Mengelakkan Peti Sejuk Berbau
Peti sejuk yang tidak bersih akan meninggalkan bau yang kurang menyenangkan. Ikutlah beberapa petua ini.

1. Letakkan sedikit esen vanila dalam bekas yang kecil dan simpan di dalam peti sejuk. Peti sejuk akan berbau harum dan segar.
2. Bungkus seketul arang dengan perca kain. Letakkan di dalam peti sejuk. Arang ini akan menyerap bau busuk itu.
3. Letakkan sepotong nanas pada setiap tingkat di dalam peti sejuk. Bau yang tidak enak akan hilang.

Mengharumkan Alamari Pakaian
1. Cara yang paling mudah dan menjimatkan, ialah dengan menggunakan kulit limau. Balutkan kulit limau dengan kain. Untuk mencantikan lagi, ikat bungkusan ini dengan riben dan letakkan di dalam almari pakaian.
2. Letakkan dua helai daun pandan ke dalam almari tersebut.

Petua hilangkan mata lebam
Petua 1 : Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.
Petua 2 : Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. Lakukan beberapa kali.

Cara pertama atasi rambut gugur
Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja). Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 minit, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa.
Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya…. anda akan dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering. Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu.

Petua mencegah rambut gugur kedua
Petua yang ini mudah sedikit kalau anda ada tembikai kat rumah. Langkah-langkah yang perlu anda lakukan ialah:
1. Selepas anda makan buah tembikai, jangan dibuang dulu kulitnya.
2. Sebaliknya, gunakanlah bahagian kulit tembikai tu dengan menggosokkannya pada kulit kepala anda.
3. Kemudian biarkan ia meresap ke kulit kepala anda. Tunggu dalam 15 ke 30 minit dan cucilah sampai bersih.
Kalau anda nak biarkannya semalaman pun boleh. Buat sebelum masuk tidur dan keesokannya baru cuci. Gunakan shower cap atau balut dengan kain supaya tak meleleh kat bantal nanti.Amalkan petua ni hanya sekali dalam seminggu

Tahukah Anda ! Bahawa Bauan Bunga RosDapat Meningkatkan Daya Ingatan Serta Kecekapan Minda Kita , Dengan Selalu Menghidu Bau Bunga Ros , Kajian Telah Dijalankan Pada 74 Orang Sukarelawan . Sukarelawan Ini Tidur Dalam Bilik Yang Ada Bauan Bunga Ros . Apabila Mereka Bangun , Mereka Akan Menjalani Ujian Yang Disediakan . Nak Tahu Keputusanya , Dengan Bauan bunga Ros Mereka Mendapat 97.2 Markah Sahaja Berbanding 86 Markah Sahaja Tanpa Menhidu Bau Ros . Saya Berfikir , Lepas Ni Saya Nak Pergi Kedai Bunga Beli bunga Ros Banyak-Banyak.

Hilangkan penyakit kulit
Orang lama yang masih sihat itu berkata, air masin di tengah laut saja yang mengandungi khasiat garam yang baik lagi berkesan untuk digunakan. Penyakit kulit seperti gatal, kudis atau lain-lain penyakit kulit boleh menggunakan air masin pilihan di tengah laut yang bersih. Air itu dibasuh pada kulit atau bahagian kudis yang sudah dibersihkan terlebih dulu. Air masin yang sudah disimbah kepada kulit hendaklah dibiarkan hingga kering supaya garamnya meresapkan pada kulit atau kudis.
Kulit anda akan terasa kering dan bergaram. Dan, garam inilah yang memainkan peranan sebagai penawar atau ubat pada penyakit berkenaan. Sebaik kering dan bergaram di kulit, anda hendaklah membiarkannya untuk beberapa waktu supaya meresap dalam kulit.

Petua menghilangkan Bau dan hitam di ketiak
Senang sahaja ambil ubat gigi dan sapukan di kawasan yang berkenaan sekali sehari seeloknya pada waktu mandi setiap pagi, gunakan macam kita guna sabun badan cuma di bahagian yang perlu sahaja. Insyaallah dalam tempoh 2 minggu akan dapat dilihat hasilnya

Susah tidur
Jika diserang sakit tidak dapat tidur lena pada setiap malam, memang merunsingkan.Badan akan terasa sakit-sakit dan lemah pada sebelah siang.Selalu menguap dan mengantuk.Dalam perkara ini dinasihatkan supaya mencari buah pala.Buah pala itu diparut secukupnya lalu dicampurkan dengan sedikit air.Kemudian ditekapkan pada bahagian ubun-ubun di kepala.Dengan izin Allah, orang yang mengalami hal ini akan tidur

Tidur berdenkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Tanjamkan gunting dan pengisar
Gunting beberapa helai daun sirih satu persatu. Anda akan dapati gunting yang tumpul itu akan tajam semula. Sementara itu untuk menajamkan mata pengisar, caranya ialah mengisar garam selama beberapa ketika. Amalkan langkah ini setiap bulan. Hasilnya mata pengisar akan sentiasa tajam

Hilangkan hanyir ikan darat
Untuk menghilangkan hanyir ikan darat (sungai) sebenarnya agak sukar berbanding ikan laut. Cara berkesan untuk mencucinya ialah dengan mengambil beberapa helai daun serai dan sedikit asam jawa. Ramas keduanya dan gaul bersama ikan. Perapkan beberapa minit kemudian bilas dengan air bersih. Pasti ikan tidak hanyir lagi.

Menghalau semut
Masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula.

Menghalau lipas
Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru. Kalau dalam kereta ada lipas boleh juga cuba kaedah ini.

Melentikkan bulu mata bayi
Untuk melentikkan bulu mata bayi, setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sapukan susu ibu ke bulu matanya. Anda akan dapati bulu mata bayi anda akan menjadi bertambah lebat, lentik dan cantik.

Hampas teh suburkan pokok
Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau. Kalau tanaman dalam rumah pastikan tiada kesan gula yang ketara supaya semut tak datang lak kat pokok nanti

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...