- Bertumit tinggi halus
Kasut seperti itu jika digayakan boleh memberikan impak lebih tinggi. Jadi, jika inginkan ‘kesan ekstra’ iaitu kelihatan lebih langsing, pilihlah kasut rekaan seperti itu. - Kasut terbuka
Kasut dengan jari terbuka boleh memberi kesan pada betis dan paha. Anda dilihat lebih langsing daripada sepatu dengan jari tertutup. Seandainya memiliki betis besar hindari kasut dengan tali pada pergelangan kaki kerana ia akan membuat kaki dan betis kelihatan lebih pendek.
- Kasut runcing
Jika kaki anda berbentuk besar, tidak ramping atau lebar di depan, pilihlah kasut yang runcing di hujungnya. Bahagian hujung kasut yang menguncup dan ramping di depan akan melangsingkan kaki anda. Tetapi ingat, jangan terlalu tinggi kerana ia akan memberikan rasa tidak selesa pada kaki.
- Bertali belakang
Kasut tinggi bertali belakang akan membantu penampilan kelihatan seksi, bergaya dan membuat penampilan terlihat menarik. Tidak perlu memaksa diri dengan membeli kasut yang lebih 7 sm, sebaliknya cukup dengan memiliki rekaan yang bagus termasuk hujungnya runcing dan tidak banyak hiasan.
Kes Warga Asing Kahwini Warga Tempatan Demi Lesen Berniaga Di Selangor
Makin Berleluasa
-
Isu warga asing yang mengahwini warga tempatan semata-mata untuk
mendapatkan lesen perniagaan di Malaysia semakin membimbangkan. Artikel
Berkaitan: Subsi...
22 hours ago
No comments:
Post a Comment